TEMASYA Sukan Paralimpik Tokyo membuka tirai selepas majlis pembukaan gilang gemilang semalam.

Selepas 16 hari berakhirnya Sukan Olimpik, Jepun sekali lagi menampilkan upcacara pembukaan yang menakjubkan dengan percikan bunga api.

Kehadiran kontinjen Malaysia mencuri pandang tatkala pihak penganjur membuat ciapan di Twitter tentang pakaian yang digayakan atlet paralimpik negara.

Busana bertemakan Pahlawan Melayu hasil rekaan  Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, itu diinspirasikan menerusi persalinan Laksamana Hang Tuah dari segi penggayaan dan adaptasi motif tradisional.

Kredit foto: hitz.my

Corak songket bunga tabur diinspiraskan daripada motif tradisional tampuk manggis adalah elemen budaya yang diterapkan dalam rekaan tersebut.

Masih mengekalkan Jalur Gemilang sebagai warna utama, ia disusun secara harmoni dapat menaikkan lagi busana itu, yang kelihatan sangat anggun dengan gaya tersendiri.

Kredit foto: hitz.my

Susulan itu, warganet turut berbangga dengan penampilan segak atlet negara. Rata-rata turut memuji keanggunan rekaan pakaian digayakan mereka disamping memberikan kata-kata semangat.

” Cinta dari Malaysia! Love from Malaysia! So proud of our heroes and heroines!  Malaysia boleh!”

Iklan

“Outstanding outfit..semoga berjaya dalam acara masing masing..buat yang terbaik!”

“Corak songket tak pernah mengecewakan. All the best Malaysia athletes!!”

“Yang ni lagi smart sekali dengan mask, seragam.”

Iklan

Seramai 22 atlet termasuk empat alet wanita akan menggalas cabaran negara dalam sembilan jenis sukan pada temasya Sukan Paralimpik Tokyo pada 24 Ogos hingga 5 September ini.

Menyoroti sejarah, Malaysia telah mengambil bahagian pada Sukan Paralimpik sejak 1972. Sehingga kini atlet paralimpik negara berjaya membawa pulang 11 pingat iaitu tiga emas, dua perak dan enam gangsa.