PEREKA fesyen terkemuka, Datuk Jovian Mandagie mengumumkan penceraian dengan Datin Nina Sabrina Ismail Sabri.

Menerusi hantaran di Instagram, Jovian atau nama sebenarnya Mohd. Ridhwan berkongsi status terkini rumah tangganya bersama Nina menerusi Instagram.

“Sesetengah perkahwinan adalah istimewa dan kekal seumur hidup tetapi perkahwinan kami istimewa kerana ia telah berkembang menjadi persahabatan yang akan kekal seumur hidup.

“Pada bulan Ogos, kami memutuskan untuk menamatkan perkahwinan 10 tahun kami kerana percaya ia adalah yang terbaik.

“Memastikan kebahagiaan Jeanelle kekal sebagai keutamaan kami dan setakat ini kami telah melakukan yang terbaik, Alhamdulillah.

“Kasih sayang kami terhadap ibu bapa dan keluarga juga tidak berubah. Kami yakin dengan perancangan ALLAH, kerana DIA adalah PERANCANG yang paling hebat,” titipnya.

Dalam pada itu, Jovian berkata apa yang dipaparkan di laman sosial beliau adalah keadaan yang sebenar dan berterima kasih atas sokongan orang ramai selama ini.

“Sepanjang dekad yang lalu, ramai yang telah menjadi sebahagian daripada perjalanan kami.

“Sokongan anda untuk #Jovianina sangat berharga dan kami berharap anda akan terus menyokong dan menyayangi.

“Apa sahaja yang anda lihat di kedua-dua media sosial kami selama empat bulan yang lalu adalah nyata.

“Kami tidak mungkin membenci walaupun sedikit rasa tidak suka antara satu sama lain selepas berkongsi kehidupan bersama selama hampir sedekad.

Iklan

“Terima kasih sekali lagi atas doa dan sokongan anda semasa kami memulakan lembaran baharu yang berasingan.

“Terima kasih atas kasih sayang dan sokongan anda yang tidak berbelah bahagi untuk #JoviaNina selama ini. Kami sangat menghargai dan menyayangi anda semua,” titipnya.

Terdahulu, Jovian dan Nina berkahwin pada 14 Disember 2013 di Muzim Diraja, Istana Negara Lama.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Jeanelle Nika Mandagie pada 1 November 2017.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!