UMUM mengetahui pendakwah terkenal, Ebit Lew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew baru tiba di tanah air selepas melunaskan Misi Bantuan Kemanusiaan Gaza Palestin.

Beliau dan kumpulannya kini sedang menjalani kuarantin di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang ditentukan Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Namun begitu, perkongsian beliau menerusi laman sosial miliknya pagi ini mengenai kondisi kesihatan bapanya, Ibrahim Lew mengundang sayu dalam kalangan warga maya.

“Pohon doakan buat ayah saya ya. Doktor kata kanser perut last stage. Menanti hari. Kanser dah merebak
semua. Semoga ALLAH mudahkan buat ayah,” mohon beliau.

Dalam hantaran yang sama, Ebit turut berkongsi rakaman video dan foto penampilan beliau menyarungkan sut peralatan perlindungan diri (PPE) ketika menziarah bapanya.

“Dapat izin tengok sekali je dan sekejap tapi full PPE dan test Covid-19 negatif. Terima kasih KKM. Lama lagi kuarantin.

“Maafkan Ebit ye bapak. Ebit tak dapat jaga di saat begini. Terima kasih adik-beradik yang menjaga. Terima kasih semua mendoakan,” tulisnya.

Teringat kembali jasa ayah, Ustaz Ebit mohon doa orang ramai

Iklan

Lebih memilukan, bapa beliau ketika sedar sebelum ini meminta supaya Ebit menyelesaikan tugas walaupun tahap kesihatan membimbangkan dan adakalanya tidak sedarkan diri.

“Hari tu masa sedar ayah saya cakap. Teruskan kerja sempurnakan misi membantu. Ya ALLAH angkatkanlah sakit dari ayah saya. Berilah yang terbaik buatnya.

“Ebit sayang mak. Ebit sayang bapak sampai bila-bila. Mak dah pergi dulu. Rindu mak. Rindu bapak. Terima kasih bapak atas segalanya.

Baca juga [VIDEO] Terhibur! 3 beradik berkain pelikat, beraksi ala gimnas di gelanggang lumpur

“Ya ALLAH jika ada pahala atas sedikit kebaikan yang ku lakukan. Aku hadiahkan semuanya buat bapak. Hilangkanlah sakitnya. Janganlah bapak rasa sakit tu. Terima kasih ya ALLAH,” doanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya mendoakan kesembuhan dan berharap beliau kuat dan tabah.

Iklan

Pada April lalu, Ebit memaklumkan bapanya dimasukkan ke ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian, Kelantan.