[VIDEO] Terhibur! 3 beradik berkain pelikat, beraksi ala gimnas di gelanggang lumpur

A
A
A

PELBAGAI aktiviti dilakukan para remaja ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 (PKP3.0) bagi mengelakkan kebosanan. Maklumlah, pada ketika ini masyarakat disarankan untuk kekal berada di rumah.

Begitu juga dengan empat adik- beradik lelaki ini yang memilih aktiviti bermain lumpur untuk menggembirakan hati.

Gelagat mereka bermain lumpur mengalahkan kanak-kanak itu tular di laman sosial TikTok sehingga meraih 2.2 juta jumlah tontonan dan hampir 267,000 tanda suka.

Pemilik akaun TikTok dikenali Faisal Suhaimi berkongsi gelagat beliau dan dua lagi adik-beradiknya melakonkan aksi sukan gimnastik.

Antaranya aksi atlet gimnastik negara kononnya dalam kejohanan peringkat antarabangsa seperti disiplin berirama, gelung dan bola.

Apa yang melucukan masing-masing hanya memakai kain batik dan kain pelikat ketika melakukan 'gimnastik' di tanah berlumpur.

Keletah mereka yang spontan dan bersahaja cukup mencuit hati.

Lebih menghidupkan suasana, kedengaran pula audio pengulas sukan dan muzik. Keadaannya tidak ubah seperti berada di stadium!

@faisal.suhaimiacara kalini sangat mencabar..tapi kami dapat sempurnakan dengan baik.. @sharifdaznisuhaimi @faizaldanialsuhaimi ..sorang lagi xdapat ke final♬ original sound - Faisal suhaimi 박진살

Baca juga [VIDEO] Hanya Bermodalkan Selipar, Video Kos Murah Ini Raih 55 Juta Tontonan

Selain itu, berkongsi aksi bermain lumpur video berkenaan juga memaparkan reaksi masing-masing dimarahi ibu apabila pulang dengan pakaian kotor.

@faisal.suhaimiReply to @nabilaazmi22 last dahh...xank main selutt @.qumalhakimsuhaimi @sharifdaznisuhaimi @faizaldanialsuhaimi♬ original sound - Faisal suhaimi 박진살

Difahamkan, adik-beradik terbabit sebelum ini pernah tular menerusi video ‘Fashion Show Lockdown’ awal Jun lalu.

@faisal.suhaimiFASHION SHOW LOCKDOWN @faizaldanialsuhaimi @sharifdaznisuhaimi @.qumalhakimsuhaimi♬ 3 minutes - StMooY7

Pada ruangan komen rata-rata warga maya terhibur dan berdekah dengan aksi empat pemuda dalam video berdurasi seminit 48 saat itu.

Ada juga yang berseloroh perangai mereka mengalahkan kanak-kanak yang leka bermain lumpur.

Baca juga Khababe Lame, TikTokers Terkenal Hanya Menggunakan Mimik Muka

- “Makin risau dengan nasib anak-anak muda sekarang ni, kalau Covid dan kuarantin lama-lama.”

- “Kalah Farah Anne ni.”

- “Pakai kain pelikat pun jadilah.”

- “Aku je ke yang risau dia tersalah urat, terseliuh.”

- “Berdekah, tapi yang paling perform yang gelung tu.”

- “Bestlah korang ni, kelakar. Ada je idea.”

- “Takut terlondeh kain tu je bang.”

- “Thank you buat saya terhibur.”

"Ya ALLAH korang ni kalah kanak-kanak. Apa pun terima kasih buat sis terhibur."

Sumber: TikTok Faisal Suhaimi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca