Kantoi potong rantai leher kanak-kanak, wanita ada 6 rekod jenayah lampau, berikut kronologinya

BARU-baru ini tular kisah mengenai seorang kanak-kanak menjadi mangsa apabila rantai leher dipakainya dicuri oleh seorang wanita.

Taktik wanita tersebut terbongkar selepas tindakannya dirakam oleh ibu saudara mangsa yang kemudiannya tular di laman sosial.

Berikut adalah kronologi kejadian:

1-Dalam kejadian kira-kira jam 5.40 petang, wanita berkenaan telah mengambil rantai leher seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun dengan cara memotong.

2-Dia telah memotong rantai leher tersebut dengan sesuatu objek dan menarik rantai leher itu.

3-Sejurus selepas kejadian suspek yang merupakan wanita tempatan berusia 35 tahun berjaya ditangkap di lokasi terbabit berdasarkan rakaman video terbabit.

4-Satu laporan polis juga telah dibuat pada jam 8.09 malam hari yang sama sejurus selepas kejadian curi itu.

5-Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata suspek yang mempunyai enam rekod lampau bersabit kes curi telah direman tiga hari sehingga Selasa depan untuk siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

6-Orang awam dinasihatkan supaya berhati-hati semasa mengunjungi tempat kunjungan ramai dan mengelakkan daripada memakai barang berharga.

7-Sebarang maklumat lanjut berhubung kes ini boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat kes Sarjan Mohd Norazizi Samsuri di talian 014-9472881.

Baca juga: Harga mendadak tinggi! Ini masa sesuai wanita jual barang kemas tampung perbelanjaan

4 RISIKO PAKAIKAN ANAK BARANG KEMAS

Memakaikan anak perempuan barang kemas sebagai hiasan untuk mereka adalah kepuasan bagi golongan ibu.

Pun begitu, anda dinasihatkan untuk tidak berbuat demikian kerana tindakan itu sebenarnya mengundang risiko kepada si kecil anda.

Berikut adalah empat bahaya yang boleh dihadapi si kecil:

Gelang
Risiko calar pada muka dan bahagian badan yang lain. Ini kerana bayi suka memasykkan objek ke dalam mulut, menggigitdan timbul risiko tercekik.

Iklan

Rantai kaki
Risiko hilang atau tercicir. Jika rantai kaki terlalu ketat, ia boleh mengganggu tumbesaran dan menjerut pergelangan kaki.

Anting-anting
Risiko tertarik atau mencederakan telinga si kecil. Selain itu bertindik menyakitkan dan meningkatkan risiko jangkitan.

Rantai
Rantai mengakibatkan meningkatnya risiko tercekik. Ia juga boleh menjerut atau terbelit leher semasa tidur.

barang kemas

Selain itu, wargnet juga menyuarakan pendapat tentang pemakaian barang kemas yang boleh mengundang risiko kanak-kanak diculik.

– “Risiko paling besar ialah risiko diculik. Sebab barang kemas sekali dengan baby orang itu angkut bawa lari.”

Iklan

– “Anak masih kecil lagi, buat apa nak dipakaikan barang kemas. Kena hati-hati tu nanti ada peragut datang habislah.”

Semoga kita semua berwaspada!

Baca juga: Bersinar bling-bling! Wanita 13 tahun kerja kedai emas kongsi cara betul cuci barang kemas sendiri, mudah je rupanya

Sumber: Sinar Harian, Public Health Malaysia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasii