Karangan ibu cerita kisah sedih di ruangan nota aplikasi tempah makanan undang dekah ramai

ZAMAN sekarang ini jika terasa lapar dan teringin makan apa sahaja tak perlu pergi jauh-jauh, semuanya di hujung jari!

Pelbagai aplikasi online tersedia untuk memudahkan orang ramai membeli makanan tanpa perlu pergi ke kedai.

Sesiapa sahaja mampu membuat pesanan yang hanya menggunakan aplikasi yang cukup mudah.

Umum juga maklum dengan aplikasi tempahan makanan seperti Grabfood, Shopeefood, dan Foodpanda, pelanggan boleh memilih makanan mereka beserta dengan nota tambahan mereka.

Biasanya nota itu ditulis dengan permintaan seperti ‘tak nak sayur’, ‘kurang pedas’ ataupun ingin memilih bahagian ayam tertentu berdasarkan menu yang telah dipilih oleh pelanggan.

Namun lain pula kisah yang tular baru-baru ini di mana seorang pelanggan meninggalkan nota di aplikasi tersebut dengan panjang berjela hanya untuk meminta bahagian drumstick ayam telah membuatkan ramai warga maya terhibur.

Perkongsian itu pada mulanya dimuat naik oleh Nur Aina Syahirah di ruangan komen Facebook Daily Rakyat tentang artikel pengalaman peniaga dan akhirnya viral di sosial media lain.

Baca juga 10 tahun dalam bidang akaun, Nor Anida nekad berhenti kerja & buka bisnes makanan online. Wanita ini kongsi rahsia

Kredit foto: Affieyza Isahak

Menerusi hantaran tersebut, kelihatan pelanggan yang merupakan seorang ibu itu meminta agar peniaga memberikan bahagian drumstick ayam buat anaknya.

Sempat lagi dia bercerita, anaknya itu hanya memakan drumstick ayam setelah menonton rancangan kanak-kanak popular, Upin & Ipin.

Dikatakan jika ia bukan bahagian peha, anaknya tidak mahu makan ayam tersebut.

Apa yang membuatkan lebih ramai terhibur, si ibu itu sempat bercerita bahawa anaknya itu sebenarnya takut untuk makan ayam kerana ayam peliharaannya dahulu pernah dimakan kambing.

Mungkinlah ibu berbuat demikian dek kerana dia pernah meminta drumstick ayam tetapi tidak diendahkan.

Jadi dengan cara meluahkan segala kisahnya, mungkin pelanggan itu akan dapat tepat dengan apa yang diminta.

Meninjau di ruangan komen, orang ramai rata-ratanya terhibur kerana terkejut apabila mengetahui bahawa kambing boleh memakan seekor ayam.

Dalam pada itu, ramai juga yang berasa tersentuh dengan tindakan ibu yang sanggup menceritakan kisahnya demi mendapatkan bahagian ayam yang diinginkan oleh anaknya itu.

Iklan

Baca juga 7 tahun dalam bidang oil & gas, cuti bersalin cetus idea bisnes bahulu gulung

Ujar mereka;

“Ini namanya dia berbudi Bahasa. Minta sesuatu dengan cara yang sangat menghormati orang lain.”

“Part kambing makan ayam trus aku gelak berdekah, agak-agaklah.”

“Usaha ibu ayah nak pastikan perut anak dia terisi… janganlah dikecam. Parents yang dapat anak picky-eaters atau difficult child, akan buat apa saja demi kesejahteraan anak.”

Iklan

“Tapi betul. Aku kalau belikan anak aku ayam, mesti request drumstik. Sebab pengaruh Upin Ipin. Ikutkan anak tak minat ayam ni. Sebab Upin Ipinlah anak aku makan ayam tapi drumstik jela.”

“Mak mak macam ni la. Sangup demi anak-anak. Semoga anak membesar menjadi anak yang soleh dan solehah.”

Agaknya penulis pun kena buat macam ni la kot. Selalu tak dapat apa yang diminta. Kena bagi karangan jugalah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi