KARTUNIS terkenal, Artortoise atau nama sebenarnya, Mohamad Ikhsan Kamarudin dilaporkan telah meninggal dunia awal pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.37 pagi.

Berita pemergiannya dimaklumkan menerusi Facebook rasmi Artortoise sebentar tadi.

“Assalamualaikum WBT…

“Dukacita dimaklumkan bahawa saudara Mohamad Ikhsan bin Kamarudin (Artortoise) telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.37 pagi 1 Disember 2020.

“Sehubungan itu kami bagi pihak Artortoise ingin memohon ampun dan maaf kepada sesiapa yang mengenali beliau sekiranya Allahyarham ada terbuat salah silap atau ada karya-karya beliau yang menyinggung sesiapa sama ada secara sengaja dan tidak sengaja,” tulisnya.

Kartunis Artotoise, Ikhsan Kamarudin meninggal dunia

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Bandar Seri Putra, Kajang pagi ini.

“Kami juga memohon doa daripada semua supaya dipermudahkan urusan perjalanan Allahyarham ke alam sana.

“Terima kasih kerana sentiasa menyokong Artortoise selama ini. InsyaAllah Artortoise akan kembali semula suatu hari nanti,” tulisnya.

Baca juga “Ustaz, sampaikan pada semua andai saya pergi… saya minta maaf”- Pesan Bob Lokman

Terdahulu, media tempatan melaporkan, arwah Ikhsan disahkan menghidap penyakit kanser pangkal hidung tahap tiga.

Iklan

Sehubungan itu Allahyarhman mula menjalani rawatan sebelum dimasukkan ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan bagi komplikasi Hepatitis B atau hati sejak 22 Oktober lalu.

Kartunis Artotoise, Ikhsan Kamarudin meninggal dunia

Iklan

Artortoise terkenal dengan lakaran kartun yang menyentuh isu kemasyarakatan, dunia hiburan dan semasa.

Antara potret figura terkenal yang pernah dilakaradalah seperti Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Siti Nurhaliza.