BILA sebut sahaja kasih anak terhadap ibu, semua orang sanggup lakukan apa sahaja untuk insan hebat itu.

Manakan tidak, melihat sahaja pengorbanan seorang ibu dengan linangan air mata yang sanggup melakukan apa sahaja demi anak-anak.

Begitulah yang terjadi kepada dua beranak ini apabila si anak sanggup berkorban nyawa demi ibunya.

Seorang wanita dan anak perempuannya dilaporkan lemas setelah kereta yang dinaiki mereka terjunam ke dalam Tasik Lake Resort Serdang, Bandar Baharu, Kedah.

Menurut Ketua Polis Daerah Bandar Baharu, DSP Mohd Akmal Hisam Abd Khupur berkata, kejadian itu berlaku pada jam 6.30 petang semalam yang membabitkan mangsa, Hasmah Mat Isa, 69, dan anaknya Noraiza Hashim, 28.

Kasih anak! Lemas ketika cuba selamatkan ibu

Menurut portal tempatan, siasatan polis mendapati kereta Proton Persona itu terdahulu diletakkan di kawasan pakir Tasik Lake Resort. Dua beranak itu dikatakan datang ke tasik itu untuk berjogging.

Mangsa dipercayai tertekan pedal minyak yang menyebabkan kereta itu meluncur masuk ke dalam tasik. Kedua-dua mangsa dipercayai terperangkap dalam kereta sebelum lemas.

Iklan

Menurut laporan media lain, Noraiza dikatakan berada di luar kenderaan untuk cuba menyelamatkan ibunya selepas kereta terjunam ke dalam tasik.

Namun masuk semula untuk menyelamatkan ibunya. Empat orang awam juga turut membantu menyelamatkan dua beranak berkenaan tetapi gagal.

Mayat dua beranak itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan bomba pada jam 8.40 malam tadi, manakala kereta Proton Persona dibawa naik ke permukaan pada jam 11 malam.

Iklan

Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk proses bedah siasat.

Semoga kita semua turut menjadi anak yang sanggup berkorban untuk ibu bapa dalam apa jua keadaan.