BAZAR Ramadan sememangnya menjadi lokasi beli-belah wajib dikunjungi untuk mendapatkan juadah berbuka pada bulan puasa.

Pun begitu, kemeriahannya turut dinantikan oleh individu bukan Islam tanpa mengira bangsa dan agama.

Keterujaan pasangan berbangsa India, Kaartik Krishnan dan isteri berkunjung ke bazar berkenaan menjadi perhatian ramai. Malah baru-baru ini, video mereka teruja mendapatkan juadah di sana membuatkan ramai terhibur.

Baca juga: ‘Tak sangka seluruh negara hargai khidmat kecil saya’ Akak guard hospital tersenarai penerima darjah kebesaran YDP Agong

Baca juga: [VIDEO] Kemunculan pertama Sugu Pavithra di kaca TV selepas insiden kontroversi

Menerusi video pertama yang dimuat memaparkan apabila isterinya belum sempat membuka pintu pagar untuknya tetapi sudah bertanya jika si suami ada sudah membelikan kuih-muih dari bazar Ramadan.

Jelas kelihatan keterujaan si isterinya, Rekka dan anak mereka apabila si suami membelikan juadah dari bazar Ramadan untuk mereka dalam video tersebut.

Lebih menghiburkan, terdapat video sambungan di mana mereka akhirnya berkunjung ke bazar Ramadan bersama dan membeli beberapa juadah seperti kuih-muih, aneka minuman, roti John serta martabak.

Baca juga: Muka persis gangster tapi anak mak, ini kisah Muhammad Mikhael Sathayah memeluk Islam

Baca juga: ‘Manjanya, jaga penuh kasih sayang.’ Anak menangis enggan pulang, rapat dengan pengasuh India raih pujian ramai

Antara lokasi yang mereka kunjungi ialah bazar Ramadan Desa Mentari dan Taman Medan.

Video melucukan pasangan berkenaan membuatkan warga maya ‘cair’ dengan kecomelan mereka. Ujar warganet:

Iklan

– “Bahagia dia dapat pergi bazar ya, comel jer.”

– “Sebenarnya bazar Ramadan memang ditunggu-tunggu oleh rakan non Muslim. Mereka kata banyak mknan yang cuma boleh dapat di sana sahaja.”

– “Alahai bagusnya suami kakak ni. Anak isteri punya lah happy ayah bawa balik makanan. Kebahagiaan semudah itu sahaja, terima kasih ayah-ayah.”

– “Senyum isteri dan anak-anak dapat kuih dari bazar Ramadan.”

– “Harapnya akak dan famili dapat kuih yang sedap dan menjadi di bazar.”

Iklan

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!