KANAK-KANAK berhak disayangi dan diberikan perhatian. Ibu bapa dan orang di sekeliling berperanan memastikan keselamatan anak kecil walau di mana sahaja mereka berada.

Ironinya, apa yang berlaku ibarat harapkan pagar, pagar makan padi.

Seperti yang berlaku di Kuching, Sarawak ini, seorang kanak-kanak OKU meninggal dunia dalam keadaan tragis. Menyedihkan, jasad kaku itu sedang memeluk anak patung ketika ditemui!

Menurut portal media tempatan, jasad seorang kanak-kanak berusia enam tahun disumbat ke dalam guni dan buang ke dalam semak.

Apa yang menjadi kemarahan warga maya ialah kekejaman dilakukan oleh teman lelaki ibu kanak-kanak itu sendiri!

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

Kanak-kanak berkenaan yang juga orang kurang upaya (OKU) ditemui di dalam guni di Kampung Keranji, Bau, Kuching, Sarawak.

Segala-galanya terbongkar selpas selepas penahanan suspek yang kemudian memandu polis ke lokasi mangsa dibuang.

1-Menurut Ketua Polis Daerah Bau, DSP Poge Nyaon, lelaki berkenaan ditahan di sebuah premis menjual kereta di Jalan Laksamana Cheng Ho, Kuching bagi membantu siasatan kehilangan kanak-kanak itu.

2-Polis bertindak selepas laporan polis yang dibuat oleh ibu mangsa pada 21 Disember lalu tentang kehilangan anaknya.

Gambar hiasan (Kredit foto: Pexels)

3-Selain itu ia berikutan laporan awal daripada orang awam pada hari sama mengenai seorang wanita dan anak perempuannya yang enggan pulang kerana takut dipukul teman lelakinya.

4-Kata Poge, berdasarkan soal siasat, suspek mengaku memukul mangsa hingga tidak bernyawa, sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Keranji.

5-Pada jam 6.45 petang, 5 Januari 2023 lelaki itu menunjukkan kepada polis tempat mayat kanak-kanak malang itu dibuang.

6-Menurutnya, ibu mangsa yang berusia 34 tahun turut dibawa ke lokasi dan mengesahkan mayat anaknya berdasarkan pakaian dan anak patung yang dipegang mangsa.

7-Kata Poge, lelaki berkenaan dipercayai membunuh mangsa kira-kira lima hari sebelum laporan polis dibuat.

8-Polis turut menahan ibu mangsa untuk membantu siasatan.

9-Mayat mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.

10-Kes diklasifikasi sebagai kes bunuh dan disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Tidak sanggup rasanya mendengar kekerasan dilakukan kepada kanak-kanak. Pada peringkat pra sekolah mereka memerlukan perhatian dan bantuan keluarga untuk terus membesar dan berdikari.

Semoga kes ini mendapat keadilan sewajarnya dan pelaku diberikan hukuman setimpal.

Baca juga: Kejamnya, kanak-kanak lembam terbuang air besar dalam seluar didera sampai mati oleh ibu kandung sendiri!

Iklan

TIP LAPOR KES PENDERAAN

Anda pernah menyaksikan penderaan? Jangan berdiam diri. Sesiapa sahaja yang mengetahui atau mengesyaki, mana-mana kanak-kanak dalam bahaya atau berisiko untuk di dera dan di abai perlu melaporkan kepada pegawai pelindung kanak-kanak (Jabatan Kebajikan Masyarakat- JKM) atau menghantar kanak-kanak tersebut ke hospital yang berdekatan.

Sekiranya anda ingin memastikan identiti dirahsiakan, anda boleh menghubungi Talian Nur 15999.

Apa yang perlu dilaporkan?
Laporan perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

-Nama kanak-kanak
-Lokasi/alamat
-Sebab-sebab disyaki penderaan
-Nama anda dan cara menghubungi, jika boleh, supaya JKM boleh menghubungi semula sekiranya gagal menemui kanak-kanak terbabit

Bagaimana lapor penderaan?
1) Anda boleh melaporkan penderaan melalui Talian Nur 15999. Berikan maklumat terperinci berkenaan kes penderaan dan pengabaian yang disyaki supaya pegawai JKM dapat menilai keperluan dan tindakan sewajarnya dapat diambil.

Iklan

2) Melalui hospital- Individu yang membawa kanak-kanak ke Jabatan kecemasan/pesakit luar kerana penderaan ,mereka akan terus dirujuk ke Pusat perhentian Setempat (One Stop Crisis Center) di hospital.

3) Melalui polis- Cara ini amat digalakkan terutamanya bagi kes penderaan seksual supaya membolehkan pegawai perubatan untuk melakukan pemeriksaan fizikal dengan segera terutamanya bagi kes baru yang disyaki penderaan seksual.

Sumber: Astro Awani, Myhealth

Foto utama: Pexels, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.