APABILA seseorang menamatkan zaman bujang bersama kekasih pujaan hati, pasti kehadiran teman rapat antara yang ditunggu-tunggu pasangan pengantin.

Mereka yang mungkin sudah dikenali sejak zaman remaja pastinya akan membikin suasana lebih havoc.

Pelbagai ragam dapat dilihat sama ada kena pengantin kena ‘prank‘ atau gurau senda yang mencuit hati.

Perkongsian seorang pemuda, M Fahmi di dalam akaun TikTok miliknya mengenai majlis perkahwinan sahabatnya membuatkan ramai netizen geli hati.

hadiah gila-gila buat pengantin

Mana tidaknya, hadiah yang dibawa bukan calang-calang. Boleh lengkap perkakas rumah dibuatnya.

Enam video pendek yang dikongsikan mempunyai ceritanya tersendiri.

Paling lucu, video pertama berdurasi 27 saat yang mana segerombolan pemuda membawa hadiah masing-masing tanpa segan-silu.

@mfxhmi Selamat penganti baru. #kahwin #rxzjatuh #myvi #buathalapahariini ♬ original sound – 🕸KroNoLoC🕸

Paling mencuit hati, antara hadiah yang dibawa bersama seperti tudung saji, tong gas, mesin penapis air dengan nota sila sambung bayar, mop, joran dan tempat penggosok seterika.

Aduhai memang kelakar habis.

Baca juga Cinta sampai ke mati. Pengantin sanggup bergambar dalam keranda demi abadikan kisah cinta mereka

Kedatangan bukan sahaja disambut dengan senyuman si pengantin, tetapi gelak ketawa daripada keluarga dan tetamu yang datang bergema di seluruh rumah.

Tidak hanya terhenti setakat itu sahaja, acara kemuncak sesi penyerahan hadiah dilakukan di depan pelamin.

hadiah gila-gila buat pengantin

Ramai yang tertanya-tanya motif hadiah rotan yang turut dibawa sepanjang perarakan tersebut.

Tulis M Fahmi, hadiah rotan tersebut khas buat isteri pengantin.

Tulisnya: “Rotan tu untuk bininya. Lepas ni kene buat keje rumah jangan pegi mancing je 🤣🤣.”

Baca juga Lain macam mewah, pengantin perempuan terpaksa pakai 60kg emas di hari perkahwinan

Memang huru-hara jadinya apabila mempunyai kawan yang jenis suka mengusik.

Tidak hanya diusik dengan hadiah, rombongan pengantin pada awal majlis juga sudah terkena prank.

Lazimnya, apabila pasangan pengantin tiba di rumah, mereka akan disambut dengan minuman manis.

@mfxhmi Reply to @acap_1111 ♬ Funny lazy donkey (hilarious song)(937200) – LEOPARD

Namun lain pula yang terjadi, pengantin diberi minum air garam.

Kongsi pemuda itu lagi, siap tahan pengantin dan disuruh minum air garam dahulu.

Baca juga [VIDEO]Meriah sungguh! Pengantin cari isteri dalam bunjut kain batik bikin pecah perut

“Muka pengantin sudah nak koyak tetapi dia tahu kawan-kawan semua macam syaitan.”

Rata-rata netizen yang mengikuti perkongsian tersebut turut terhibur.

Air garam itu mempunyai makna tersendiri.

Iklan

hadiah gila-gila buat pengantin Naya member kena tahan. 😂😂😂

hadiah gila-gila buat pengantin

Hadiah tudung saji lengkap dengan rotan itu untuk apa?

hadiah gila-gila buat pengantin

Baguslah beri hadiah bermanfaat kepada pengantin. Senang hidup!

hadiah gila-gila buat pengantin

Ini baru kawan sejati.

hadiah gila-gila buat pengantin

hadiah gila-gila buat pengantin

Iklan

Pahala berterusan sebab kukuhkan keluarga member.

hadiah gila-gila buat pengantin

hadiah gila-gila buat pengantin

Memang meriah jika mempunyai sahabat yang jenis happy go lucky dan gila-gila.

Ramai yang bersetuju dengan hadiah yang dibawa kepada pengantin bagi memudahkan urusan selepas berkahwin.

Walaupun nampak kelakar, namun kesemua barangan tersebut memang praktikal dan diguna pakai di rumah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Jimat sikit kos untuk memulakan hidup baru nantikan?

Apa yang penting sahabat yang sentiasa di sisi pada saat diperlukan memang susah nak dapat pada zaman sekarang ini.

Jadi, hargailah teman-teman yang berkawan dengan hati yang ikhlas dan bukannya sebaliknya. #kitajagakita #kitalaluibersama