Kenang jasa guru, cef Instagram masak sambil senyum kembali ke MRSM Muar, pencapaiannya memberi inspirasi

VIDEO masakannya meraih perhatian apabila mendapat ribuan kongsian dan tanda suka. Tidak terhad kepada pastri, pemuda berusia 30 tahun ini juga cekap menyediakan sajian tradisional dan kuih muih.

Mohd Shafiq Bin Zulkarnain atau Shafiquecute tidak asing lagi dalam kalangan warganet.

Tidak lokek dengan senyuman, salah satu trademark beliau ialah memasak sambil tersenyum kepada penonton membuatkan ramai seronok mengikuti videonya.

Baca juga: Khairul Aming kongsi jatuh bangun, rupanya banyak kali gagal sebelum miliki 2 kilang jadi inspirasi

Sehari sebelum Hari Guru pada disambut pada 16 Mei, pempengaruh yang yang memiliki 485,000 pengikut di Instagram itu berkongsi tentang acara yang diikutinya baru-baru ini.

Shafiq yang bertugas sebagai penganalisis DNA forensik di Jabatan Kimia Malaysia kembali ke maktabnya, Maktab Rendah Sains MARA Muar, Muar, Johor.

Baca juga: Anak Malaysia di mata dunia! Nusaybah Maszlee gondol 6 anugerah siswa cemerlang di Qatar, raih CGPA 4.0

“Diberi penghormatan untuk merasmikan majlis perlancaran program kecemerlangan di MRSM Muar.

“Terima kasih kepada pengurusan MRSM Muar, memang terbaiklah.

“Saya pernah bersekolah di MRSM Muar ni,” titip Shafiq.

Kehadiran Shafiq adalah sebagai pengisian Hari Kecemerlangan Akademik Semester 2, 2022 dan pelancaran Gerak Gemilang MRSM Muar.

Influencer itu turut memberikan ucapan di hadapan para pelajar, merasmikan program dan menyampaikan sijil kecemerlangan kepada pelajar.

Baca juga: Hadiah indah daripada anak untuk ibu. Anak raih result cemerlang & dapat anugerah, luahan hati Rita undang sebak!

Iklan

Para pengikut berusia 30 tahun itu rata-rata baru mengetahui cef mereka adalah alumni MRSM menitipkan ucapan tahniah buat Shafiq.

– “Tahniah, jarang sekali orang muda diberi peluang dan penghormatan menjadi perasmi serta penyampai di majlis kecemerlangan sekolah. Tahniah untuk pentadbir sekolah ini.”

– “Keje hakiki dahsyat, penganalisis forensik DNA, pandai memasak pula. Moga menjadi inspirasi anak-anak muda.”

– “Alhamdulillah, bagus MRSM Muar panggil lepasan terbaiknya untuk naikkan semangat students. Tahniah Shafiq.”

– “Wah bekas murid MRSM rupanya. Hebat. Tahniah.”

Iklan

– “Kagumnya kepada Shafiq. Serba boleh, pandai masak, pandai belajar.”

Baca juga: Hafal 30 Juzuk Dalam 9 Bulan 22 Hari, Pelajar MRSM Dedah Tip Khatam Pantas

Sumber: shafiquecute_official

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi