Anak Malaysia di mata dunia! Nusaybah Maszlee gondol 6 anugerah siswa cemerlang di Qatar, raih CGPA 4.0

BUKAN calang-calang kejayaan diraih gadis berusia 24 tahun ini. Anak mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik mengukir kejayaan cemerlang di sebuah universiti di luar negara.

Nusaybah Maszlee, 24, pelajar Bachelor International Relations and Affairs, School of Foreign Services, Georgetown University di Doha, Qatar menggondol enam anugerah siswa cemerlang.

Baca juga: 10 info Safwa Zamri, hafizah al-Quran raih keputusan peperiksaan ACCA kedua tertinggi di dunia hanya dalam masa 6 bulan

Malah lebih membanggakan anak sulung daripada empat adik beradik itu mendapat Suma Cum Laude (pelajar paling cemerlang), anugerah pingat Dekan, tesis terbaik.

Tak hanya itu, Nusaybah merupakan pelajar Malaysia dan Asia Tenggara pertama mencapai markah keseluruhan bagi semua semester (CGPA) 4.0!

Menerusi laman Linkedin, Nusaybah sebelum ini mengikuti pengajian Political Science & Government di Sunway University di bawah American Transfer Program pada tahun 2018 hingga 2019.

Menerusi hantaran di Instagram Story, Dr Maszlee yang kini bertugas sebagai pensyarah di sebuah kolej universiti swasta di Cyberjaya berkongsi hantaran berkaitan Nusaybah.

Malah bapa itu juga berkongsi video Nusaybah di Twitter.

Nusaybah merupakan anak pertama Dr Maszlee dan isteri, Dr Hamidah Mat, pensyarah Kluster Pendidikan dan Sains, Open University Malaysia.

Selain Nusaybah, mereka dikurniakan tiga cahaya mata lain iaitu Sumayyah, 21, Rufaydah, 19 dan Mujaddid, 14.

Baca juga: Irdina Shahriman, pelajar cemerlang M’sia CGPA 4.0 raih tempat pertama di Virginia Tech

Iklan

Ciapan Dr Rais Hussin itu meraih perhatian warganet yang turut menzahirkan rasa bangga atas kejayaan Nusaybah yang mengharumkan nama Malaysia dengan kecemerlangan akademik.

– “Congratulations to Nusaybah, for all your hard work and dedication wish you all the success in the future. Its such a great feeling when our children do us proud.”

– “Tahniah Nusaybah, tahniah Dr @maszlee.”

– “Like father like daughter Dr @maszlee.”

– “Syabas dan tahniah. Alfu mabruk.”

Iklan

-”Alhamdulillah..Tahniah buat Nusaybah dan Dr Maszlee seisi keluarga. Semoga dapat berkhidmat kepada negara kelak, aamiin.”

Wanita muda yang power! Tahniah buat Nusaybah kejayaan yang cemerlang ini. Moga kejayaan yang diraih beliau memberi suntikan semangat buat wanita lain menggapai kecemerlangan dalam bidang akademik.

Baca juga: Pernah tular dibaham kera ketika bayi, wanita kini doktor al-hafizah, genggam ijazah perubatan Al-Azhar

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.