KONGSI video aktiviti seharian di TikTok, wanita ini tetap ceria walaupun dihina keadaan rumah dihuninya.

Umum maklum, aplikasi TikTok menjadi antara pilihan ramai kerana pengguna mudah untuk menghasilkan video kreatif yang menarik untuk dikongsikan kepada umum.

Pelbagai manfaat lain yang boleh didapati melalui aplikasi tersebut dari segi pendidikan, bisnes, travel, tip kehidupan, nasihat kewangan, tip kehidupan, hiburan dan banyak lagi.

Malah ada juga yang menggunakan aplikasi tersebut untuk berkongsi kisah harian dan tempat untuk menghilangkan rasa bosan.

Sama seperti kisah seorang wanita yang dilihat sentiasa ceria berkongsi kehidupan hariannya sebagai seorang ibu.

Menerusi video yang dimuat naik @yoonachiee, kelihatan wanita itu hanya berkongsi kegembiraan menguruskan rumah tangga tanpa menggangu orang lain di media sosial.

Dapat dilihat, dia membuat aktiviti harian seperti membasuh kain, mengemas rumah, menguruskan anak-anak serta membuat kerja-kerja rumah yang lain.

Baca juga [VIDEO] Remaja perempuan dilayan bak puteri rupanya hidap skoliosis

Guna duit anak

Namun begitu, ada juga yang tidak senang hati melihat kebahagiannya dengan meminta wanita itu untuk sedar diri dan mengecam rupa rumahnya yang dikatakan seperti hendak roboh.

Bagaimanapun, wanita tersebut dilihat tidak mudah melatah dan hanya mengendahkan segala kecaman malah mengambilnya dari sudut positif sahaja.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga maya turut gembira melihat wanita terbabit hidup bahagia walaupun dalam keadaan yang cukup sederhana.

Ramai antara mereka yang menyebelahi wanita berkenaan dan tampil mempertahankan kebahagiaan sesorang bukan bergantung kepada harta semata-mata.

Ujar mereka;

Iklan

“Hati yang baik ialah hati yang bahagia melihat kebahagian orang lain tanpa pertikaikan apa yang dia ada moga bahagia selalu kak.”

“Syukur ada rumah cam nak roboh janji bahagia, dari rumah mewah tapi tak bahagia buat apa.”

“Kadang sedih tengok orang komen pada akak ni. Sabar ye kak. Semoga ada hikmah di sebalik kesabaran akak. Salute dengan akak.”

“Biar je akak komen camtu… Kita semua bahagia ngan cara masing-masing.”

Iklan

“Bahagia tu dihati… bersyukur dengan rezeki yang ALLAH beri.. insya-ALLAH semoga ALLAH berikan rezeki yang lebih lagi.”

@yoonachiee Reply to @ommohdhashim Insha-Allah tq🥰🥰 #orangkampung🔰#surirumahsepenuhmasa #bahagiaitusederhana#gengnustan💞 #menghiburdirisendiri #forfunonly #sabahan #kudatcrew_fams #fypシ #fypシ゚viral ♬ original sound – YoonaChiee

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.