BARU-baru ini tular rakaman memaparkan seorang remaja perempuan dilayan bak puteri oleh bapanya apabila dia didukung sewaktu berada di pusat membeli-belah.

Video berkenaan dimuat naik di laman sosial, TikTok @budakyana dan mendapat 1.2 juta tontonan dan 144.8 ribu tanda suka.

Menerusi paparan berkenaan, memperlihatkan ayah remaja terbabit melayannya dengan penuh kasih sayang.

Yana didukung sebegitu bukanlah sekadar suka-suka tetapi kerana dia mengadu kepada bapanya bahawa dia sakit kaki untuk berjalan.

@budakyana_ “Masa kakak kecik abah layan kakak macam ni lah” – mama ❤️ #scoliosis #scoliosischeck #scoliosisfighter #fyp ♬ suara asli – rafaaldiansyah

Bagaimanapun, rakaman yang menunjukkan keakraban antara bapa dan anak itu menimbulkan rasa tidak senang segelintir warganet.

Namun, Yana menjelaskan bahawa dia bukan sengaja untuk meminta didukung tetapi dia menghidap tulang belakang bengkok atau dikenali sebagai skoliosis.

Baca juga: Kenali penyakit skoliosis yang dideritai penyanyi Zamani Slam. Ini fakta yang perlu kita tahu

Di dalam rakaman penjelasan itu, dapat dilihat keadaan tulang belakangnya itu membengkok sehingga belakang badan kelihatan tidak normal.

Ada juga warganet yang kagum dengan hubungan antara ayah dan anak.

“I’ll make sure my future husband treat my future children as close as this.”

“Bestnya dapat ayah macam ni, tapi saya tetap bersyukur seadanya. Walaupun ayah saya memang garang orangnya.”

“Macam permaisuri ayah dia layan. Untungnya awak.”

“Untungnya. Best tengok parents orang lain tapi tetap bersyukur apa yang ALLAH bagi kat diri ni.”

Iklan

Baca juga: Kevin alami tulang bengkok sejak lahir, dijangka berkerusi roda umur 40 tahun

Dalam pada itu, Yana menjelaskan bahawa dia dan adik perempuannya juga menghidap masalah skoliosis dan darjah kebengkokan tulang dua beradik itu semakin bertambah.

Berikut posisi duduk yang terbaik bagi mereka yang ada skoliosis, ini yang perlu diketahui:

Iklan

1. Pastikan duduk di kerusi dengan keadaan belakang badan diluruskan.
2. Tekanan berat badan hendaklah diagihkan kepada punggung dan peha.
3. Elakkan pelvis daripada condong ke bahagian hadapan badan atau sebaliknya dan tidak duduk terlalu jauh ke hadapan dari kerusi.
4. Sentiasa cuba untuk memastikan lutut lebih rendah daripada pinggul dan rehatkan kaki di atas lantai.
5. Elakkan menyilang kaki kerana ia akan menghalang daripada membetulkan postur badan dan boleh menyebabkan bahagian bawah pada tulang belakang sakit.
6. Kerapkan bergerak kerana duduk terlalu lama akan menyebabkan ketegangan otot.
7. Gunakan kusyen belakang lumbar untuk membantu posisi duduk dengan betul dan selesa.

Sumber: The body posture

Baca juga: Tubuh Zamani semakin bongkok, berikut 9 fakta mengenai penyakit yang dialami

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan