SEMALAM hangat diperkatakan oleh warganet apabila tersebar video dan beberapa keping gambar memperlihatkan ramai anak muda yang beratur untuk memasuki IKM Lumut.

Ramai yang tertanya-tanya apakah yang sedang berlaku? Adakah kemasukan pelajar baru?

Menurut Facebook rasmi IKM Lumut [Official Pages], IKM Lumut menjadi tumpuan kerana terdapat temu duga terbuka oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad bertempat di Dewan Besar IKM Lumut.

“Ramainya yang nak masuk IKM Lumut? Jangan salah sangka. Pada hari ini IKM Lumut menjadi tumpuan masyarakat dari seluruh Malaysia. Satu temu duga dari Keretapi Tanah Melayu Berhad telah diadakan.

“Ramai calon tidak melepaskan peluang ini untuk mendapatkan pekerjaan dan antara mereka adalah bekas pelajar IKM Lumut. Semoga berjaya kepada semua calon temu duga,” tulis kenyataan tersebut.

Artikel berkaitan: Jijik! Kilang roti guna air tandas kotor

Menurut sumber, dianggarkan hampir lebih 2000 calon telah menghadiri temu duga tersebut, namun hanya separuh sahaja yang sempat ditemu duga.

Jumlah kehadiran ini adalah di luar jangkaan.

Iklan

“Temu duga berakhir pada waktu malam. Ada yang terpaksa pulang kerana terlalu ramai. Pun begitu, setiap resume calon yang hadir tetap diambil untuk diproses dan akan dimaklumkan kemudian,” ujar sumber tersebut kepada SinarPlus.

InsyaAllah, jika sudah tertulis rezeki, pasti tidak akan ke mana. Tahniah juga kepada semua yang hadir dan berusaha untuk mencari peluang pekerjaan. Semoga ada sinar untuk semua.

Iklan

[VIDEO]KTMB buat temu duga terbuka, tak sangka ramai datang IKM Lumut
Sumber foto: Facebook IKM Lumut
[VIDEO]KTMB buat temu duga terbuka, tak sangka ramai datang IKM Lumut
Sumber foto: Facebook IKM Lumut
[VIDEO]KTMB buat temu duga terbuka, tak sangka ramai datang IKM Lumut
Sumber foto: Facebook IKM Lumut
[VIDEO]KTMB buat temu duga terbuka, tak sangka ramai datang IKM Lumut
Sumber foto: Facebook IKM Lumut