TERDAHULU, akibat perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan Universiti Awam (UA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) diarahkan tutup.

Hal tersebut menyebabkan para pelajar universiti terpaksa pulang ke pangkuan keluarga secara berperingkat.

Perintah secara mendadak itu membuatkan ramai tidak menyangka pusat pengajian masing-masing akan ditutup dalam tempoh yang lama sepanjang PKP yang dilanjutkan sehingga ke hari ini.

Namun begitu setelah beberapa beberapa bulan, ramai di antara mereka yang dilihat pulang ke asrama masing-masing untuk mengambil barang peribadi sebaik sahaja menerima notis penutupan pusat pengajian tinggi yang dilanjutkan sehingga Disember ini.

Malangnya bilik yang ditinggal berbulan-bulan lamanya dilihat berada dalam keadaan yang sangat teruk.

Ada yang berkongsikan keadaan bilik yang bersepah diselongkar, najis haiwan, bangkai haiwan, roti berkulat dan banyak lagi.

Seperti apa yang dikongsi oleh mereka di Twitter, seorang pelajar universiti berkongsikan keadaan biliknya yang ditinggalkan.

Bukan sahaja keadaan bilik yang bersepah seperti dipunggah, malah lebih mengejutkan seekor kucing dijumpai mati mereput dalam bilik tersebut.

Mereka mendakwa berkemungkinan kucing tersebut terperangkap dan bilik yang kelihatan bersepah itu berpunca dari si bulus yang ingin mencari jalan keluar. Kecian..

Sementara itu, ramai lain pelajar lain yang turut mengalami nasib yang sama.

Lebih malang, setelah diperiksa mereka mendapati barangan berharga seperti laptop serta wang ringgit turut hilang gara-gara bilik dipecah masuk.

Iklan

Rata-rata antara mereka meluahkan perasaan kecewa terhadap pihak pengurusan yang didakwa tidak bertanggungjawab menjaga keselamatan hostel sepanjang ia tidak didiami.

Bertabahlah dik!

Ini antara perkongsian oleh beberapa pelajar IPT dan juga pengguna Twitter situasi yang mereka alami:

Iklan