SEMALAM tular satu rakaman yang memaparkan tindakan seorang pemandu kenderaan yang mengelak daripada merempuh kenderaan lain.

Pada mulanya, pemandu berkenaan berada di persimpangan lampu isyarat dan dia mula memecut laju sebelum dikejutkan dengan aliran trafik yang sesak.

Menerusi rakaman itu, dia dengan segera menghalakan kenderaan yang dipandunya itu menuju ke bahu jalan.

Rakaman ini dimuat naik di laman sosial oleh seorang pengguna Facebook, Bosco Fong.

Setelah melakukan tinjauan, SinarPlus mendapati rakaman ini telah pun dimuat turun dan kemudiannya dimuat naik semula di pelbagai media sosial oleh pengguna yang lain.

Tindakan pemandu itu menerima pelbagai reaksi daripada warganet.

“Ini tidak kelakar, pemanduan seperti ini boleh menyebabkan kemalangan. Tolong amalkan pemanduan di jalan raya dengan selamat.”

“Pemandu yang tidak bertanggungjawab, hanya memikirkan dirinya, tindakan ini boleh menyebabkan seseorang terbunuh jika perkara ini terjadi.”

Bahkan ada juga yang beranggapan bahawa tindakan pemandu ini patut dipuji.

“Tak semua orang hari-hari lalu jalan sama. Ya dia laju, tapi kita kena bagi kredit juga dekat driver tu untuk elakkan langgar orang lain. Tak semua pemandu ada pemikiran yang kritikal seperti ini, reflek dia laju. Ada orang agaknya hentam terus.”

“Lagi bagus rosak sendiri daripada rosakkan kereta orang lain.”

Alangkah lebih baiknya amalkan pemanduan yang selamat, bukan untuk kesejahteraan diri sendiri bahkan untuk orang sekeliling juga.

Iklan

Berikut tujuh tip pemanduan yang selamat, ini yang perlu diamalkan ketika pemanduan:

  • 1. Ambil semua langkah keselamatan
    Sebelum memulakan perjalanan, pastikan ada mempunyai kelengkapan seperti pemegang telefon untuk memegang telefon sewaktu menggunakan aplikasi penunjuk arah.
  • Periksa segala cecair kenderaan berada pada tahap yang sepatutnya.
    Periksa keadaan tayar kereta.
  • Pastikan keperluan diri sewaktu perjalanan dibawa bersama.

Baca juga: [VIDEO] Gajah serang kereta bergerak, 9 tip selamatkan diri daripada diserang gajah liar

2. Pastikan kenderaan berada dalam keadaan yang selesa untuk digunakan
Perjalanan yang selesa adalah memiliki persekitaran yang kondusif iaitu kebersihan dan kekemasan kenderaan. Sekiranya kenderaan dipenuhi dengan sampah sarap dan mempunyai bau yang tidak menyenangkan, bagaimana untuk memandu dalam keadaan yang selasa?

Justeru, amat penting untuk kekalkan kereta dalam keadaan yang bersih, bukan untuk orang lain tetapi untuk kebaikan diri sendiri.

Iklan

3. Amalkan sikap sabar ketika memandu
Jalan raya adalah suatu tempat untuk kita lihat sikap-sikap pemanduan yang pelbagai seperti menukar lorong dengan tidak memberi lampu isyarat arah, membunyikan hon dan memandu secara berbahaya.

Sekiranya berhadapan dengan situasi itu, tidak dapat dinafikan rasa marah muncul dalam diri, namun perlu diingatkan kawal kemarahan dan jangan bertindak membahayakan pengguna jalan raya yang lain.

4. Kekal tenang sewaktu memandu
Jangan jadikan tugasan rumah seperti membeli barang keperluan rumah itu ibarat satu tugasan berat dan serius. Ia sepatutnya dilakukan dalam keadaan yang tenang dan anda sepatutnya menikmati dan berseronok waktu bersendirian ini.

5. Memandu ketika diri berada dalam keadaan yang selesa
Hanya diri sendiri yang mengetahui kebolehan dan keupayaan diri untuk memandu. Pemanduan yang selamat memerlukan daya fokus dan badan yang segar untuk meneruskan perjalanan tanpa sebarang masalah. Pastikan diri sendiri mendapat rehat yang mencukupi sebelum meneruskan pemanduan.

6. Sediakan hiburan yang sihat untuk diri sendiri
Pasti bosan sekiranya memandu tanpa adanya hiburan seperti lagu atau teman untuk bersembang. Oleh itu, adalah bagus jika menyediakan hiburan seperti lagu-lagu yang diminati, audio siar dan sebagainya yang boleh didengari sepanjang perjalanan.

7. Patut kepada undang-undang jalan raya
Pastikan anda mematuhi segala arahan papan tanda di jalan raya. Paling utama adalah memastikan kereta yang dipandu tidak melebihi had halaju dan wajib memakai tali pinggang keledar.

Rancang pemanduan sebelum ke destinasi. Semoga bermanfaat!

Sumber: Sometimes Interesting

Baca juga: Penumpang bas ekspres disyaki dicabul pemandu, wanita wajib tahu 5 perkara ini

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI