LELAKI bergaya samseng maki, tunjal kepala wanita yang tular baru-baru ini dipenjara tujuh hari berakhir semalam.

Ia berikutan Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan mengasari pemandu wanita di Tapah, Perak, 5 Jun lalu.

Pun begitu, hari ini dia dilihat bergenang air mata apabila dipenjara semula sembilan hari ekoran dua pertuduhan menampar pelayan restoran.

Menurut laporan berita portal tempatan, berikut info mengenainya;

1. Penyelia kilang itu dijatuhkan hukuman sembilan hari penjara dan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di Cameron Highlands, hari ini selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan kepada dua orang pelayan restoran awal Jun lalu.

2. Tertuduh, Mohammad Zaim Faiz Tarmizi, 29, mengaku bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Qasiratuljannah Usmani Othman.

Baca juga Lelaki gaya samseng maki, tunjal kepala wanita cetus amarah ramai, 7 fakta kejadian

Kredit foto: Sinar Harian

 

3. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didapati dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas pelayan restoren warga asing, Samir Das bertempat di sebuah restoran di Tanah Rata, Cameron Highlands pada pukul 4.20 petang, 4 Jun lalu.

4. Berikutan itu tertuduh didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

5. Bagi pertuduhan kedua, Mohammad Zaim Faiz didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas seorang lagi pelayan restoren, V Dennis Pillai, 23, di lokasi dan masa yang sama serta dihukum mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

6. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya S Punitha yang meminta mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat selain kes ini tular di media sosial, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Iklan

7. Terdahulu, tertuduh menitiskan air mata sewaktu merayu hukuman denda paling minimum memandangkan dia perlu menanggung seorang isteri sarat mengandung yang dijangka bersalin hujung bulan ini selain seorang anak kecil serta membiayai kos rawatan ibunya dengan pendapatan bulanan RM1,500.

8. Tertuduh juga mengaku insaf dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi di masa hadapan. Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh disabitkan kedua-dua kesalahan.

Baca juga Lelaki gaya samseng maki, tunjal kepala wanita dipenjara 7 hari, 9 info berkaitan

Iklan

9. Bagi setiap pertuduhan, tertuduh dikenakan hukuman penjara sembilan hari dari tarikh tangkapan iaitu semalam dan denda berjumlah RM1,000 setiap pertuduhan. Jika gagal membayar denda, mahkamah menetapkan tertuduh perlu menjalani penjara tambahan sembilan hari lagi. Isteri tertuduh kemudiannya membayar denda. Mahkamah bagaimanapun menetap kedua-dua hukuman penjara itu dijalankan secara serentak.

Pada 9 Jun lalu, lelaki berkenaan dijatuhi hukuman penjara tujuh hari selepas mengakui bersalah mengugut serta mendatangkan kecederaan ke atas seorang pemandu wanita dalam kejadian yang tular di media sosial. Berikutan video tular itu, terdapat warganet yang mendedahkan bahawa lelaki sama bertindak menampar dua pelayan restoran gara-gara tidak berpuas hati makanan yang dipesan lambat diterima.

Ambil pengajaran pada apa yang berlaku ini. Jangan sewenang-wenang bertindak di luar kawalan walau di mana anda berada.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan!