Lelaki gelang pink beli belah di pasar raya, cetus panik pengunjung

Lelaki gelang pink beli belah di pasar raya, cetus panik pengunjung
Lelaki gelang pink beli belah di pasar raya, cetus panik pengunjung
A
A
A

"ALLAHUAKBAR! menggigil badan aku menahan marah... dia pakai gelang pink weh! Gelang pink..."

Begitulah perkongsian seorang pengguna Facebook, Sri Suzaidah Masri apabila melalui detik cemas ternampak seorang lelaki memakai gelang merah jambu sewaktu membeli barang di sebuah pasar raya di Melaka.

Kejadian yang berlaku semalam itu ternyata mengejutkan Sri Suzaidah dan beberapa orang awam yang berada di pasar raya tersebut.

Sri Suzaidah memang berasa sangat marah kerana baginya, lelaki tersebut sangat bersikap penting diri.

Kongsinya, sedang elok tengah memilih ayam segar, ternampak mereka baru masuk... gelang pink tu memang takkan nampak kalau pandang dengan mata kasar.

"Dia sorok bawah tali jam tangan. Kami ternampak sebab terpandang dia dokong anak, dan ada terkeluar sesuatu berwarna pink bawah jam tangan dia.

"Lelakikan jam mereka tali besar... So dia letak gelang tu bawah tali jam. Sorokkan gelang pink tu. Sebab tu guard tak nampak..." ujarnya.

Artikel berkaitan: “Hak ibu bapa nak pastikan nyawa anak-anak kita selamat”- Perkongsian Cikgu Fadli buat mak ayah

Menurut Sri Suzaidah, dia dengan cepat keluar dari tempat itu dan terus mendapatkan pengurus pasar raya tersebut.

"Ya Allah... cepat-cepat kami jalan keluar,  tinggalkan barang-barang dan pergi jumpa manager.

"Manager pergi kat dia, dan cek... Ya, betul! Gelang Pink," katanya.

Sri Suzaidah turut mengingatkan pengurus tersebut membuat laporan polis kerana sepatutnya individu memakai gelang pink tak boleh keluar rumah dan tak boleh masuk tempat orang ramai.

Ujarnya juga, “Tak kisahla kau positif ke negatif ke selagi kau pakai gelang pink, kau kena duduk diam-diam kat rumah.”

Sumber: FB Sri Suzaidah Masri

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca