Lengkap dengan PPE, doktor tertidur semasa bertugas dan akhirnya meninggal dunia, ini apa kata KKM

Lengkap dengan PPE, doktor tertidur semasa bertugas dan akhirnya meninggal dunia, ini apa kata KKM
Lengkap dengan PPE, doktor tertidur semasa bertugas dan akhirnya meninggal dunia, ini apa kata KKM
A
A
A

AKIBAT terlalu penat dan tidak mendapat rehat yang cukup, seorang doktor yang merupakan petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia pada Isnin lalu.

Berita duka itu dikongsikan oleh laman Facebook Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) semalam.

Menerusi posting itu, arwah yang dikenali sebagai Dr Ali Noor Hassan merupakan ahli berdaftar SPJM dan telah mengikuti SPJM sejak tahun 2018.

"Arwah mengikuti SPJM sejak tahun 2018 serta menyertai Kursus Pengurusan Jenazah SPJM di Surau Quba Sentul pada 2 tahun lepas.

"Dr Ali juga dikhabarkan seorang ahli khidmat dakwah dan sudah dua kali menyertai ijtimak/perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah.

"Setiap kali Ijtimak besar jemaah tabligh di Sabah, Dr Ali akan datang dari Selangor berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak," menurut posting tersebut.

Turut dimuat naik bersama posting tersebut ialah gambar terakhir Allahyarham Dr Ali yang empat diambil rakannya.

Rakannya mendakwa setelah bertugas di barisan hadapan KKM, arwah kekurangan masa untuk beristirehat.

"Ini gambar terakhir beliau yang sempat diambil oleh rakannya sebelum beliau jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih, selain kekurangan masa untuk beristirehat setelah bertugas di barisan hadapan KKM bagi menangani Covid-19.

"Beliau tertidur ketika bertugas dan pengsan," jelas posting tersebut.

Ternyata melihat kepada gambar yang dikongsikan SPJM, kelihatan tubuh arwah yang lengkap mengenakan peralatan perlindungan diri (PPE) sangat letih sehingga beliau tertidur sambil duduk ketika sedang bertugas.

Artikel berkaitan :PEMANDU AMBULANS MENINGGAL DUNIA SELEPAS HANTAR PESAKIT COVID-19 AKIBAT TERLALU LETIH

Menjengah ke ruangan komen, difahamkan kesihatan Allahyarham mula merosot pada awal Disember lalu, sebelum beliau jatuh pensan dan menghembuskan nafas terakhir.

Tambah kenyataan itu lagi, SPJM kini kehilangan seorang ahli yang begitu komited berkhidmat untuk ummah.

Namun, memetik laporan Sinar Harian, KKM menafikan bahawa Dr Ali Noor Hassan meninggal dunia akibat terlampau penat dengan beban tugas.

Sebaliknya kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kepada Sinar Harian, doktor itu mempunyai penyakit lain.

"Beliau telah dikesan mempunyai penyakit lain dan tak ada kaitan dengan kelesuan bekerja," katanya menerusi aplikasi WhatsApp pada Rabu.

Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal solleh.

Semoga Allah SWT menerima segala amal kebajikan beliau dan mengampuni segala dosanya yang lampau. Salam takziah buat ahli keluarganya. Aamin..

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca