Lukis potret Dr. Noor Hisham pada pelitup muka yang rosak, hasilnya sangat wow!

A
A
A

AKIBAT penularan pandemik Covid-19, frontliners yang berjuang menentang wabak tersebut terus menarik perhatian ramai.

Antara daripada mereka lain tidak adalah Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Pastinya kini rata-rata orang ramai sangat mengenali beliau.

Mana tidaknya, selama empat bulan malahan hampir setiap hari wajahnya terpampang di kaca TV dan akhbar berkongsi maklumat Covid-19.

Disebabkan itu juga banyak penghargaan yang telah beliau terima dengan cara yang kreatif sebagai tanda terima kasih daripada warga Malaysia.

Seperti contoh, baru-baru ini, seorang lagi pengguna Instagram yang dikenali sebagai @misy_lukis telah melukis potret Dr Noor Hisham pada sehelai pelitup muka sebagai tanda penghargaan.

@misy_lukis atau nama sebenarnya Muhammad Darwisy Mustafani, 19, memberitahu bahawa pelitup muka yang digunakan adalah yang telah rosak. Oleh itu, dia menggunakannya untuk menghasilkan karya seninya.

“Saya memang minat melukis dari dulu, tapi tidak berpeluang masuk aliran seni di sekolah. Selama ini saya suka eksperimen lukis di pelbagai medium macam papan, cantuman batang aiskrim, baju, fabrik.

“Jadi bila mask ada yang dah rosak kerana talinya yang dah terputus, daripada buang lebih baik saya jadikan artwork. Tak sangka akan viral,” katanya.

Jelas Muhammad Darwisy lagi, lukisan itu sebagai tanda ucapan terima kasih kepada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dan semua frontliner kerana menjadi superhero semasa wabak Covid-19 ini.

Beliau juga menasihatkan kepada semua warga Malaysia agar jangan lupa untuk memakai pelitup muka dan amalkan penjarakan fizikal (penjarakan sosial).

Lukisannya ini telah menjadi tular dan tarikan semua netizen. Rata-rata netizen memberi pujian melihat kreativiti anak muda asal Kota Bharu, Kelantan ini yang sedang melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sains (Kepujian) Senibina.

Semoga pemuda ini terus melukis dan terima kasih kerana menghargai perjuangan mereka semua, yang berada di barisan hadapan ketika Covid-19 menular.

Walaupun kita tak mampu membalas jasa mereka secara berhadapan, inilah caranya dengan menghasilkan sebuah karya khas untuk mereka.

Tahniah anak muda. Cantik sangat lukisan ini!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca