[VIDEO]’Macam rupa opah sakit lutut’ – Gelagat 4 sekawan lepas hiking undang dekah

AKTIVITI hiking (mendaki) bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai.

Bukit ataupun gunung kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk di kalangan orang berumur dan kanak-kanak.

Aktiviti seumpama itu mampu menguatkan serta meningkatkan tahap kecergasan anggota fizikal tubuh badan.

Namun, bagi sesiapa yang belum biasa atau pertama kali hiking pastinya akan mengalami beberapa kesan selepas aktiviti tersebut seperti terpaksa menanggung sakit dan lenguh badan serta kaki.

Iklan
Iklan

Seperti juga yang terjadi kepada empat sahabat karib ini.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok @jijiedz66 memaparkan sekumpulan gadis itu pada mulanya teruja untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Kelihatan mereka sangat bersemangat dan bersedia mental dan fizikal untuk mendaki gunung ketiga tertinggi di Asia itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun apa yang mengundang dekah ramai apabila gadis tersebut turut menunjukkan situasi dia dan rakannya selepas selesai aktiviti mendaki berkenaan.

Mereka dilihat ‘terkengkang-kenkang’, tidak dapat berjalan dengan betul semasa menuruni tangga di sebuah restoran makanan segera.

Perkongsian video tersebut menarik perhatian ramai kaki hiking yang rata-rata turut bercerita pengalaman dan memberi pelbagai tip bagi mengatasi situasi sedemikian.

Ujar mereka;

“Dah merasa masa naik Bukit Kutu, 3-4 hari juga jalan macam tu. Nak solat pun payah, nangis wey, tobat tak nak naik bukit tinggi lagi.”

“Hahaha. Jangankan turun tangga nak turun katil pun susah.”

“Seksa! Kalah orang baru lepas bersalin. Terpaksa ketawa wey.”

Baca juga Enggan memakai pelitup muka, minah saleh tak puas hati dihalang masuki butik mewah di KLCC

“Allahu, macam rupa opah sakit lutut dah haaa.”

“I totally can relate to this. 2 kali naik Kinabalu, dua kali menyesal. Tapi gian tu masih ada lagi.”

Tidak berakhir di situ, gadis tersebut turut memuat naik sekali lagi video situasi seorang rakannya yang terpaksa berjalan mengiring pada keesokan harinya.

Katanya, begitulah keadaan rakannya yang paling laju mendaki dan paling cedera.

VIDEO: https://vt.tiktok.com/ZSe2QnGB3/

VIDEO: https://vt.tiktok.com/ZSe2QVgyf/

Share
Faezah Muda

 

Published by
Faezah Muda

Recent Posts

Inspirasi! Michelle Yeoh pecah stereotaip, terima Pingat Kebebasan Presiden dari Joe Biden

BINTANG Hollywood kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh sekali lagi mencipta nama apabila menerima penghormatan…

4 hours ago

‘Alhamdulillah, selesai’. Individu hina anak Caprice melutut mohon maaf, solat taubat di masjid

BARU-baru ini penyanyi hip hop dan pempengaruh, Caprice, 36 dan isteri, Farra Inalis, 29, menzahirkan…

18 hours ago

Bagusnya! Rider jujur dipuji warganet maklumkan pelanggan kedai tiada sijil halal, hati-hati tempah makanan online

TULAR satu video di media sosial memaparkan seorang penunggang p-hailing memberi peringatan kepada pelanggan tentang…

21 hours ago

‘Kepala pusing macam kena gempa bumi’. Wanita derita vertigo dan diserang strok dua kali mohon bantuan

SEJAK diserang strok pada enam tahun lalu, kehidupan wanita bernama Jamilah Mohamad tidak selincah dahulu.…

23 hours ago

Perpisahan tiada unsur orang ketiga, Redza Syah Azmeer dedah sudah maklumkan perkahwinan kepada Irma Hasmie

PERKAHWINAN, Redza Syah Azmeer Mohd Radzuan dengan wanita pilihan, Nur Hafiza Mohd Salim baru-baru ini…

23 hours ago

Ulang tahun ke-25 Akhyar Rashid tragis disamun 2 perompak, Eyka Farhana setia temani di hospital

PELAKON Eyka Farhana kelihatan menemani pemain sayap Terengganu FC (TFC), Akhyar Rashid selepas lelaki itu…

1 day ago