[VIDEO]'Macam rupa opah sakit lutut' - Gelagat 4 sekawan lepas hiking undang dekah

'Macam rupa opah sakit lutut' - Gelagat 4 sekawan lepas hiking undang dekah
'Macam rupa opah sakit lutut' - Gelagat 4 sekawan lepas hiking undang dekah
A
A
A

AKTIVITI hiking (mendaki) bukit ataupun gunung semakin menjadi kegilaan ramai.

Bukit ataupun gunung kini menjadi destinasi riadah yang dilakukan pelbagai peringkat umur, termasuk di kalangan orang berumur dan kanak-kanak.

Aktiviti seumpama itu mampu menguatkan serta meningkatkan tahap kecergasan anggota fizikal tubuh badan.

Namun, bagi sesiapa yang belum biasa atau pertama kali hiking pastinya akan mengalami beberapa kesan selepas aktiviti tersebut seperti terpaksa menanggung sakit dan lenguh badan serta kaki.

Seperti juga yang terjadi kepada empat sahabat karib ini.

Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok @jijiedz66 memaparkan sekumpulan gadis itu pada mulanya teruja untuk mendaki Gunung Kinabalu.

Kelihatan mereka sangat bersemangat dan bersedia mental dan fizikal untuk mendaki gunung ketiga tertinggi di Asia itu.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

pendaki sesat

Namun apa yang mengundang dekah ramai apabila gadis tersebut turut menunjukkan situasi dia dan rakannya selepas selesai aktiviti mendaki berkenaan.

Mereka dilihat 'terkengkang-kenkang', tidak dapat berjalan dengan betul semasa menuruni tangga di sebuah restoran makanan segera.

Perkongsian video tersebut menarik perhatian ramai kaki hiking yang rata-rata turut bercerita pengalaman dan memberi pelbagai tip bagi mengatasi situasi sedemikian.

Ujar mereka;

"Dah merasa masa naik Bukit Kutu, 3-4 hari juga jalan macam tu. Nak solat pun payah, nangis wey, tobat tak nak naik bukit tinggi lagi."

"Hahaha. Jangankan turun tangga nak turun katil pun susah."

"Seksa! Kalah orang baru lepas bersalin. Terpaksa ketawa wey."

Baca juga Enggan memakai pelitup muka, minah saleh tak puas hati dihalang masuki butik mewah di KLCC

"Allahu, macam rupa opah sakit lutut dah haaa."

"I totally can relate to this. 2 kali naik Kinabalu, dua kali menyesal. Tapi gian tu masih ada lagi."

Tidak berakhir di situ, gadis tersebut turut memuat naik sekali lagi video situasi seorang rakannya yang terpaksa berjalan mengiring pada keesokan harinya.

Katanya, begitulah keadaan rakannya yang paling laju mendaki dan paling cedera.

VIDEO: https://vt.tiktok.com/ZSe2QnGB3/

VIDEO: https://vt.tiktok.com/ZSe2QVgyf/

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca