MASIH ingatkan lagi korang kepada seorang pemuda yang menjadi mangsa korban banjir di Kelantan baru-baru ini?

Mohammad Hakimin Rahim, 20, boleh dipanggil wira berhati mulia yang dilaporkan maut ketika berhempas-pulas membantu mangsa banjir lain.

Dek kepenatan membantu mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan Hakimin pitam sebelum terjatuh dari perahu yang turut membawa dua penumpang bersamanya.

Kejadian berkenaan ternyata menjadi ingatan orang ramai atas kebaikan yang dilakukan.

Terpanggil untuk menziarah keluarga arwah, pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew.

Menerusi perkongsian beliau di Facebook, Ustaz Ebit berkesempatan menziarah keluarga Allahyarham Mohammad Hakim itu semalam dan memberi sedikit bantuan.

“Terkesan dengar kisah bila banjir. Dari 10 malam sampai 7 pagi arwah kejut orang kampung dan bantu pindahkan orang kampung, kereta dan barang supaya diangkat ke atas bukit pasang khemah.

“Arwah rehat hanya dua jam dan sambung misi selamatkan orang kampung. Sampai tengah misi membantu tiba-tiba jatuh dalam air.

“Cita-cita arwah Hakimin nak buat rumah untuk mak ayahnya. Hari-hari doa.

Mahu buat rumah untuk mak ayah, Ustaz Ebit tunai hajat arwah Hakimin“Saya lihat rumah keluarga yang tiada bilik dan tandas kecil di luar.

“Saya hadiahkan tunaikan cita-citanya belikan barang untuk tambah bina dua bilik dan tandas dalam rumah,” tulisnya.

Baca juga [VIDEO]Budak lelaki kehilangan ayah kerana Covid-19, geng MAEPS pakat beri sumbangan

Ustaz Ebit juga bergegas membeli barang untuk binaan rumah yang dihajatkan arwah.

Iklan

“Terus belikan barang untuk binaan dan terus bayarkan. Berikan juga sedikit belanja.

“Tadi dengar kisah adik ini kagum sangat. Cita-cita nak jadi polis.

“Maknya sedih jer sebab tempat lemas dekat dengan rumah,” kongsi Ustaz Ebit.

Beliau turut menziarahi kubur arwah Hakimin dan berdoa bersama keluarga.

Iklan

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohammad Hakimin Rahim.

Mahu buat rumah untuk mak ayah, Ustaz Ebit tunai hajat arwah Hakimin