MERAIKAN staff setelah berpenat lelah, usahawan muda Khairul Aming sanggup menutup operasi dua buah kilang sambal miliknya.

Popular dengan tagline ‘hai, whats up guys’, ahli perniagaan yang berusia 31 tahun itu membawa seramai 100 kakitangan dua buah kilang Sambal Nyet & Dendeng Nyet Berapi untuk membeli-belah baju raya dan keperluan harian sebagai persiapan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Tidak hanya itu, pempengaruh itu juga turut memberikan wang bonus kepada setiap pekerjanya untuk kegunaan mereka sempena raya yang akan tiba nanti.

Lebih mengujakan, trip melancong juga sudah sedia menanti!

“Semalam kita tutup kedua-dua kilang Nyet untuk meraikan 100 orang staf. Kita bawa semua shopping baju raya, beli barang dapur untuk persiapan raya dengan famili.

Baca juga: Wow! 80,000 produk baharu Khairul Aming sold out dalam 3 minit, cipta rekod sales 1 juta terpantas TikTokShop Malaysia

Baca juga: ‘Semua lepas.’ Tip travel Khairul Aming elak makanan dirampas di airport, buat cara ini kastam. imigresen pun happy

Baca juga: 20kg turun dalam masa 12 bulan, kejayaan Khairul Aming inspirasi geng diet. Dah tak mengah, muat baju lama

“Bagi bonus duit raya dan berbuka puasa di hotel. Lepas raya nanti baru kita pergi bercuti pula,” kongsi Aming.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa teruja dengan sikap Khairul Aming yang menjaga kebajikan pekerjanya dengan baik.

Baca juga: Sedapnya tom yam ‘goong’ Khairul Aming, masam, pedas & creamy! Nak lagi power letak 1 bahan ini, lebih kick

Baca juga: ‘Macam tu je sale dia naik.’ Penangan Khairul Aming, gerai cendol sold out tak sampai 24 jam

Baca juga: Inspirasi anak muda! Khairul Aming hanya ada kereta Bezza, tiada aset rumah & loan

Baca juga: Jatuh bangun Khairul Aming sebelum dinobat TikTok Creator Of The Year, graduan kejuruteraan miliki 2 kilang sambal

Iklan

Ramai kagum dengan sikap prihatin dan pemurah anak muda kelahiran negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Ujar mereka:

– “Kagum sangat! Cerita yang penuh inspirasi. Happy for you Aming sebab bahagiakan ramai orang sampailah ke famili mereka. Semoga dimurahkan lagi rezeki.”

– “Terbaik.”

– “Ikut resmi padi, makin tunduk makin berisi. Tahniah! Semoga terus maju!”

– “Macam ni influencer yang bagus meraikan staf setelah berpenat lelah menaikkan bos punya profit! Kudos to everyone. Moga Khairul Aming terus maju.”

– “Jarang ada yang berbelanja sakan untuk macam ni. Duit angpau pun tebal berkepuk. Semoga @khairulaming sentiasa dkurniakan segala kebaikan.”

Iklan

Baca juga: ‘Teruskan belajar, jaga adab.’ Khairul Aming rangkul Anugerah ‘Creator of The Year’ 2023, ucapan kemenangan buat ramai tersentuh hati!

Baca juga: Kilang tutup 5 hari, Khairul Aming bawa 60 staf makan angin di Langkawi, duduk hotel lima bintang, memang majikan contoh!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!