Mak baru meninggal, motosikal pula kena curi, Ebit Lew tampil bantu ganti yang baharu
PENCERAMAH popular, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau juga lebih mesra dikenali sebagai Ustaz Ebit Lew sekali lagi tampil membantu individu memerlukan khususnya mereka yang berada dalam kesempitan ketika negara dilanda pandemik Covid-19 ketika ini.
Kali ini beliau dilihat tampil membantu seorang lelaki yang dikenali sebagai Adam apabila kisahnya tular di media sosial yang mana dia diuji dengan pemergian bonda tercinta yang meninggal dunia pada Khamis lepas.
Namun, keesokannya dia sekali lagi diuji apabila motosikalnya pula dilaporkan hilang dicuri. Baru sahaja kehilangan bonda tercinta kini motosikalnya pula dicuri.
Kisah adik Adam itu tular apabila warganet berkongsi berita kehilangan motosikal tersebut kepada umum sebagai salah satu usaha bagi membantu untuk menjejaki semula kepada sesiapa yang ternampak atau menjumpai.
“Siapa la yang sangup mencuri motosikal ank yatim piatu ni... rumah mereka di flat Sri Johor. Sesiapa nampak motosikal ini pulangkan la balik.“Kasihan mereka baru kehilangan emak.. ni hilang moto pula.. mereka dua beraik sahaja. Penghuni flat Sri Johor tolong tengok-tengokkan ye,” tulis kenyataan tersebut di laman Facebook yang dikenali sebagai Moksu Tintin Ya.
Mak baru meninggal, moto pulak kena curi..?Adik ini mak die meninggal 21.1.21 hari khamis.. arwah mak die seorg ibu...
Posted by Rasmi Info Terkini Pantai Timur 2021 on Saturday, 23 January 2021
Sayu dengan kisah yang tular itu, Ebit akhirnya nekad mengambil keputusan untuk membantu dua beradik tersebut.
Melalui posting yang dibuat naik oleh Ebit di laman Facebooknya beberapa jam yang lalu, Ebit berkongsi beberapa keping gambar yang mana dia telah menghadiahkan Adam dengan sebuah motosikah baharu dan berkongsi kisah anak kurang bernasib baik tersebut.
“Sayu sangat rasa hati terbaca dua beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya meninggal dunia 21 Januari lalu dan motosikalnya pula dilang dicuri.“Mak tiada sebelah kaki dan sakit buah pinggang serta sentiasa perlu menjalani rawatan dialisis.
“Ada seorang kakak dibesarkan oleh nenek dan makcik. Mereka berdua tinggal dengan mak. Sekarang tinggal berdua sahaja. Adam 17 tahun dan adiknya 16 tahun. Dah lama juga tak ke sekolah,” tulisnya.
Ebit juga memaklumkan yang beliau sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk membolehkan dua beradik itu menjalani sesi persekolahan semula dan membiayai yuran persekolahan mereka.
“Baik-baik adik berdua ini. Saya bincang tadi untuk sekolahkan mereka berdua. Masuk sekolah mereka inginkan.
“Saya kata adik berdua belajar sampai berjaya yer. Nanti saya bayarkan yuran dan lain-lain.“Saya hadiahkan motosikal Modenas baharu. Dapat diskaun. Tauke kedai THM Motorcyles Trading Desa Pandan baik.
“Setahun adik ni service dan ganti barang dapat free di kedainya selepas ini. Dia kasihan pada adik tadi. Dia kenal saya. Selalu tengok Ebit Lew,” katanya lagi.
Sementara itu Ebit juga sembat menghulurkan sedikit sumbangan duit belanja buat keduanya.
Semoga adik berdua kuat yer. Ibunya mendapat bantuan bulanan dari BaitulMal KL.
“Semoga adik berjaya dalam hidup dan terus kuat tabah mengharungi ujian. Jumpa mak dalam syurga insyaAllah,” katanya.
Sayu sangat rasa hati terbaca 2 beradik yang tinggal dengan mak semenjak kecil. Maknya meninggal dunia 21 Jan dan...Posted by Ebit Lew on Saturday, 23 January 2021
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang