AINUL Mardhiah Ahmad Safiuddin, 4, kanak-kanak yang pernah menjadi perhatian rakyat Malaysia pada tahun 2018 selepas perjuangannya melawan ketumbuhan kanser ‘Germ Cell Tumour’.

Ramai yang tersentuh dengan nasib anak kecil itu dan menitipkan doa kepada Ainul sehinggakan selepas pembedahan pada Jun 2019, perkembangannya kanak-kanak perempuan itu terus diikuti ramai.

Baca juga: Pipi kiri, kanan makin sama, ibu syukur Ainul Mardhiah tidak perlu bedah betulkan urat tisu

Tidak hanya Ainul, ibu bapanya Ahmad Safiuddin Abdul Razak dan Nurul Erwani Zaidi juga menjadi perhatian ramai.

Sering memuat naik perkembangan Ainul, Nurul Erwani turut berkongsi anak perempuannnya itu kini kakak kepada dua adik lelaki.

“Paling susah nak ambil gambar bertiga! JAdi kita ambil berdua-duaan. Kakak Ainul dengan adik Fateh. Abang Umar dengan adik Fateh,” kata Nurul Erwani memuat naik sekeping foto Ainul bersama adik baharunya.

Baca juga: “Tolong jangan percaya”, ibu kecewa & scammer ambil kesempatan, nafi buka tabung sumbangan untuk Ainul

Kini Ainul memiliki dua adik lelaki iaitu Umar, 2 dan Fateh. Umar dilahirkan pada Julai 2020.

Mengalami jangkitan kuman baru-baru ini menyebabkan Ainul ditahan di Unit Rawatan Rapi Kanak-Kanak (PICU) selama hampir sebulan selepas menunjukkan simptom muntah dan cirit-birit.

Nurul Erwani berkata Ainul kini semakin sihat, malah berat badan anak sulungnya itu juga semakin bertambah di samping menunjukkan perkembangan yang positif.

“Alhamdulillah Ainul Mardhiah sihat, cergas dan ceria. Cuma kadang-kadang tu kalau angin kurang baik (bad mood) mengamuk sampai baling barang. Berat pun makin naik,” titip Nurul Erwani.

Warga maya mengucapkan tahniah buat Nurul Erwani atas kelahiran cahaya mata ketiganya. Tidak kurang juga yang gembira dengan perkembangan Ainul. Ujar mereka:

-“Wahh sudah baby baru. Alhamdulillah, tahniah.”

-“Ainul sudah sihat sepenuhnya ke? Moga ainul sihat n ceria dalam lindungan ALLAH.

-“Masya-ALLAH Ainul sudah jadi kakak besar ya sekarang. Ada dua adik.”

-“Kakak Ainul, Abang Umar, Fateh .Tahniah @_nrlerwani atas kurniaan tiga orang cahayamata. Alhamdulillah.”

Baca juga: Doakan Ainul Mardhiah, diserang sawan berulang kali, hanya bola mata digerakkan

Keluarga Ainul Mardhiah terdiri daripada bapanya, Ahmad Safiuddin, ibu, Nurul Erwani dan adik, Umar

Baca juga: ‘Jika keputusan bawa Ainul ke UK, guris hati ramai, saya minta maaf.’ – Bapa Ainul Mardhiah

Tiga tahun lalu, ketika berusia lapan bulan ketumbuhan seberat 200 gram pada bahagian mulut Ainul berjaya dibuang menerusi pembedahan yang dijalankan oleh sepasukan doktor pakar diketuai Profesor David Dunaway dan Dr Juling Ong di Hospital Kanak-Kanak London.

Sumber: Instagram Nurul Erwani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi