SABAN tahun Mardhiyyah Hotel & Suites (MHS) dengan kerjasama Yayasan Abadi tidak melepaskan peluang untuk meraikan golongan yang memerlukan.

Bersempena bulan Ramadan tahun ini, MHS mengatur aktiviti Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui Majlis Amal Nur Kasih Ramadan.

Seramai 28 keluarga asnaf dan 20 anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Anak Yatim & Miskin Seri Kundang diraikan di majlis yang berlangsung di Dewan Perdana MHS.

Mardhiyyah Hotel

Mardhiyyah Hotel 5
Datuk Seri Haji Mohamed Rafik Haji Mohd Idris

Menurut Pengarah Urusan Mardhiyyah Hotel & Suites, Datuk Seri Haji Mohamed Rafik Haji Mohd Idris, majlis ini memberikan satu makna yang besar kepada beliau dan mereka yang diraikan terutamanya dari segi nilai kebersamaan termasuklah bersama keluarga, masyarakat, agama dan pekerjaan.

“Alhamdulillah, tahun ini Mardhiyyah Hotel & Suites bersama Yayasan Abadi sekali lagi mengambil peluang mengadakan majlis ini di bulan Ramadan di mana ia mampu membawa kepada nilai-nilai murni dalam diri setiap insan seperti mengeratkan kasih dan silaturahim,” kata beliau.

Mardhiyyah Hotel 4

Mardhiyyah Hotel 1

SESI KEROHANIAN

Selain itu, beliau berkata intipati majlis ini membawakan sesi kerohanian iaitu takzirah Ramadan oleh personaliti jemputan Ustaz Syaari Ab. Rahman.

Penganjuran majlis sebegini disifatkan sebagai sesuatu yang bermakna di mana Mardhiyyah Hotel & Suites turut meraikan kakitangan Mardhiyyah Hotel & Suites, ahli-ahli jawatankuasa surau serta rakan-rakan media.

Iklan

Mardhiyyah Hotel 2

Mardhiyyah Hotel 3

Dalam majlis tersebut, Mardhiyyah Hotel & Suites mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan dan duit raya kepada anak-anak yatim dan pengusaha Pertubuhan Kebajikan Ulul Azmi selain memberi sumbangan kepada keluarga-keluarga asnaf, surau-surau dan kakitangan hotel.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang