SERONOK melihat pelakon dan pengacara Datin Lisa Surihani. Semenjak berhijrah dua tahun lalu, pelakon filem Istanbul Aku Datang itu banyak menghadiri majlis agama dan menutup aurat dengan sempurna.

Selebriti berusia 37 tahun itu baru-baru ini berkongsi perjalanannya memperbaiki ‘hubungannya’ dengan kitab suci al-Quran. Dedahnya dek kerana bacaan kurang sempurna, suri hati Datuk Yusri Abdul Halim itu merendah diri dan menolak pelawaan sebuah stesen televisyen.

“Beberapa kali beberapa tahun lalu saya dipelawa team dari stesen televisyen untuk mengambil bahagian dalam rancangan tadarus al-Quran.

“Sebelum ini saya selalu menolak dengan baik. Terfikir dalam kepala ini, baca sudahlah merangkak, segan. Pelbagai excuse kita bagi,” kongsi Lisa.

Baca juga: ‘Mesti ada sebab ALLAH susun sebegini.’ Datin Lisa Surihani lerai pertanyaan tentang kehilangannya dalam dunia lakonan

Baca juga: Masih minat berlakon, Lisa Surihani takut dengan pujian

Menyedari kekurangan itu dan kata-kata hikmah seorang ustaz, Lisa terdorong untuk mengambil langkah memperbaiki kualiti bacaan al-Quran.

“Dengan rendah diri saya memasang niat supaya hubungan saya dengan al-Quran diperbaiki lagi dan lagi.

“Dengan izin ALLAH saya cuba menyertai kumpulan tadarus bersama qariah jiran-jiran kawasan perumahan, mengaji online ‘one on one’, ikuti kelas tajwid dan kelas tadabur.

“Subhanallah , struggle memang struggle. Dengan pelat R lagi. Syukur Alhamdulillah saya dikelilingi keluarga dan sahabat rapat yang banyak memberi dorongan.

“Masih ingat lagi salah sorang ustaz pernah berkata: “Sebelum pandai itu, seseorang belum lagi pandai kan? Tapi bagaimana untuk menjadi pandai kalau stagnant dan tidak buat apa-apa?” Subhanallah,” kongsinya.

Baca juga: [VIDEO] Tampil cantik tanpa solekan, ramai peminat puji Lisa Surihani

Baca juga: Hijrah Lisa Surihani begitu menawan dengan jubah rona merah manggis menutup aurat

Kini, wanita jelita kacukan Bugis, Cina, India dan Arab itu sudah berani menerima pelawaan stesen televisyen yang menyiarkan program khatam al-Quran.

“Bila dijemput untuk sertai Jom Khatam (Ramadan, Astro Oasis) tahun ini, saya berdoa kepada ALLAH SWT dan pasang niat dengan betul.

“Anggap ia satu kelas mengaji di mana bacaan kita dipantau qari qariah dan betulkan mana-mana yang tersilap,” ujarnya.

Lisa dalam masa yang sama mendoakan agar mereka sedang berusaha mendalami al-Quran dan memperbaiki bacaannya dipermudahkan urusan.

Iklan

“Jika penglibatan saya ini dapat membuka pintu hati mereka yang struggle seperti saya untuk jadikan al-Quran sebagai best friend, Ya ALLAH, bukakanlah pintu ruang dan peluang itu dan permudah usaha mereka.

“Tidak perlu fikirkan tanggapan orang di luar sana yang mungkin kurang positif, but do it solely for ALLAH SWT,” kongsinya.

Biarpun menerima sokongan penuh daripada suami tercinta dan bimbingan daripada tenaga pengajar, Lisa mengakui pengalamannya menyertai program khatam di televisyen mencabar.


“O Allah, to do this was nerve wrecking and challenging. Please accept this from me and from team of Jom Khatam.

“Terima kasih suami tersayang kerana menyokong dan memberikan galakan kepada saya.

“Terima kasih pihak siaran dan produksi yang begitu bersifat welcoming dan encouraging. Terima kasih Qari Ustaz Luqman atas bimbingan dan tunjuk ajar Jazakumullah khayran khatira, barakallahu fii kum,” titipnya.

Beauty with brain, demikian perkataan tepat buat selebriti yang sentiasa memberikan inspirasi ini.

Berkelulusan dalam bidang undang-undang daripada Kolej Universiti HELP dan Universiti Aberystwyth di Wales, United Kingdom, Lisa terdahulu terjun dalam dunia seni sebagai pelakon kanak-kanak dan model iklan pada tahun 1997

Iklan

Untuk rekod, pelakon Manisnya Cinta di Cappadoccia itu mendirikan rumah tangga dengan berkahwin dengan Yusry pada 23 Februari 2012 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata, Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.

Baca juga: ‘Cantik betul Yong, cara senyum persis mummy.’ Wajah terbaharu anak sulung Lisa Surihani raih perhatian

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat! 

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!