'Memori terindah', Pandelela akui janggal bergelar datuk

'Memori terindah', Pandelela akui janggal bergelar datuk
'Memori terindah', Pandelela akui janggal bergelar datuk
A
A
A

PENERJUN negara, Datuk Pandelela Rinong bukanlah nama asing dalam sukan akuatik dunia.

Beliau merupakan atlet wanita negara pertama yang meraih pingat dalam Sukan Olimpik pada Temasya London 2012 bagi acara terjunan 10 meter platform wanita cukup membanggakan kita semua.

Selain itu, atlet kelahiran Sarawak tersebut pernah meraih pingat perak dalam acara 10m papan anjal seirama bergandingan dengan Cheong Jun Hoong pada Temasya Rio 2016.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pada peringkat sukan SEA pula kecemerlangan Pandalela berusia 28 tahun sememangnya tiada tandingan dalam acara terjun.

Terbaharu, beliau mencipta sejarah apabila muncul sebagai atlet pertama dari Sarawak yang dikurniakan Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran datuk, pada usia semuda 28 tahun.

Penghormatan tersebut diberikan sempena ulang tahun kelahiran ke-85 Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud baru-baru ini.

[VIDEO] Aksi sang juara! Pandelela raih emas Piala Dunia Terjun FINA 2021

Jaguh sukan negara itu mendapat pengiktirafan selepas mencapai pelbagai kejayaan, beliau yang juga pemenang pingat perak dan gangsa Sukan Olimpik itu antara 1,326 penerima darjah kebesaran dan pingat.

Dalam pada itu, jaguh terjun negara itu mengakui berasa janggal apabila bergelar datuk.

Biarpun tidak selesa namun beliau harus membiasakan dirinya setelah dianugerahkan Darjah Panglima Setia Bintang Sarawak di Bangunan Lapau, Dewan Undangan Negeri Sarawak pada pagi Sabtu lalu.

Ujarnya, anugerah berkenaan merupakan memori yang terindah.

Beliau turut ingin menjadikan penganugerahan itu sebagai pembakar semangat buat dirinya dan inspirasi untuknya terus berjuang dalam bidang sukan terjun.

Baca juga “Steady PM kita…” Selamba tegur kanak-kanak di R&R, Ismail Sabri raih perhatian warganet

Katanya, ia memberi motivasi kepada dirinya untuk lebih bersungguh dalam membawa nama negeri dan juga negara.

Selain itu, Pandelela juga pernah menerima pingat Ahli Mangku Negara dan Jasa Bakti Sarawak setelah mencapai kejayaan pingat perak di Sukan Olimpik Rio De Jeinero, pada 2016.

Tahniah Datuk Pandelela Rinong!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca