Ajar anak autisme memahami maksud TIDAK atau NO, 6 cara dikongsikan Pengerusi Autisme Malaysia

Untitled design (12)
Untitled design (12)
A
A
A

MEMBESARKAN anak istimewa Autism spectrum disorder (ASD) atau autisme bukanlah mudah dek golongan itu yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.

Seperti ibu bapa lain, membesarkan anak ini juga punya cabaran barangkali lebih lagi. Pun demikian, masing-masing punya cara tersendiri.

Pengerusi Persatuan Autisme Muslim Malaysia (Autisme Malaysia), Zamri Tembol misalnya punya kaedah yang digunapakai olehnya untuk anaknya.

Strategi

Bagaimana saya mengajar anak ASD saya memahami maksud TIDAK / NO:

Strategi yang saya gunapakai adalah mengikut tahap kemampuan anak saya untuk memahami tentang sesuatu, yang mana anak saya memerlukan tempoh masa yang agak panjang, kombinasi kaedah (tone suara, visual (gambar & ekspresi muka)), ketekalan (consistency) dalam kaedah/ kekerapan dan sistem denda/ ganjaran. Tambahan dia punya masalah daya tumpuan.

1. Tone Suara

Saya mencari tone suara yang bersesuaian untuk mengatakan NO supaya dia boleh menerima.

2. Visual Gambar

Saya menggunakan gambar dan simbol. Tandakan apa yang boleh (YES) dan apa yang tidak boleh (NO). Apa yang boleh dan tidak boleh itu berkait dengan apa yang dia pernah lakukan pada keadaan semasa. Bukan sesuatu yang belum pernah dia buat. Ini juga saya jadikan social story untuk melakukan aktiviti di luar rumah (melawat saudara, padang permainan, mall, dalam kereta).

3. Visual Ekspresi Wajah

Saya menggunakan ekspresi muka sendiri bagi menunjukkan amaran, tegas, marah, sedih, sayang dan sebagainya. Sebab anak tidak pandai untuk membezakan ekspresi dalam gambar dan ekspresi wajah sebenar.

4. Ketekalan (Consistency)

Saya akan cuba kekalkan kaedah apabila menjumpai tone suara, visual gambar, visual wajah yang sesuai. Bukan saya saja, ahli keluarga lain pun perlu diajarkan perkara sama. Kekerapan bergantung kepada keadaan semasa kerana tidak semua keadaan memerlukan kita berkata NO.

5. Sistem Denda/ Ganjaran

Saya gunakan denda seperti menarik priviledge, barang/ makanan kegemaran, isolated area. Gunakan ganjaran seperti makanan/ barang kegemaran, bintang (sangat suka bintang), jalan-jalan. Namun, sedayanya cuba untuk beri ganjaran (positif) berbanding denda (negatif).

6. Ibu bapa perlu tenang

Selain itu, diri saya sendiri perlu dalam keadaan sedar, bersedia dan tenang termasuk tidak terpengaruh dengan tingkahlaku tantrum anak ASD saya bila perkataan NO/ TIDAK disebut. Kadang-kadang terbabas, kawal diri sebaik mungkin.

Kesimpulannya, saya menggunakan gabungan semua di atas bagi mencapai objektif memahamkan anak ASD saya tentang TIDAK / NO. Strategi yang sama untuk objektif yang lain juga. Ubahsuai mengikut keadaan, kesesuaian dan peredaran masa.

Kredit:  Zamri Tembol via FB Tips Perjalanan Bersama Autisme

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca