AWAL pagi 8 Januari lalu Manchester City akhirnya berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila membelasah Liverpool di Anfield dengan empat gol berbalas satu.

Lebih bermakna, kemenangan itu adalah kejayaan pertama Manchester City di Anfield sejak 2003.

Kemenangan itu juga membolehkan City mendahului Manchester United dengan kelebihan lima mata dan masih ada berbaki satu perlawanan dalam tangan ketika mereka menyasarkan gelaran ketiga dalam empat musim.

Namun, perlawanan itu juga boleh dianggap sebagai mimpi ngeri buat kelab The Reds, susulan prestasi buruk ditunjukkan penjaga gol, Alisson yang bolos empat gol dalam perlawanan tersebut.

Menteri Agama bergurau dengan bekas Menteri Pendidikan, gua dijadikan topik hangatMaka sejak kemarin media sosial dibanjiri dengan kenyataan status peminat kedua-dua pasukan bola sepak tersebut yang mana mereka menyindir antara satu sama lain.

Tetapi perkara tersebut bukanlah asing lagi dalam kalangan masyarakat dan peminat bola sepak. Mereka menjadikan ia bahan jenaka dan gurauan bagi memeriahkan lagi dunia bola sepak tambahan pula kebanyakan individu mempunyai kelab kegemaran yang berbeza-beza.

Turut tidak ketinggalan bekas Menteri Pendidikan Malaysia, Dr Maszlee Malik juga dilihat memuat naik ciapan di Twitter dengan sekeping gambar beliau sedang menyarung jersi Manchester City pagi semalam.

Namun, menurut ciapan tersebut beliau memaklumkan ia adalah gambar lama dan sempat juga menyindir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang ramai sedia maklum beliau merupakan peminat tegar pasukan Liverpool.

Menteri Agama bergurau dengan bekas Menteri Pendidikan, gua dijadikan topik hangat

Iklan

Tidak terhenti di situ, Dr Zulkifli tidak berdiam. Beliau juga mengulang kicau ciapan Dr Maszlee dengan meninggalkan komen ringkas tetapi cukup padat

“Adat perlawanan. Ada menang, ada yang tertangguh kemenangan. Bila nak jadi teman sehati segua?,” tulisnya ringkas Twitter.

Menjengah ke ruang komen rata-rata warganet terhibur dengan jenaka bersahaja kedua-dua ahli politik tersebut.

Iklan

Beberapa pengguna Twitter juga terhibur dengan jawapan Dr Zulkifli antaranya @sheeran_fatwa55 yang menyifatkan beliau sangat positif terhadap kekalangan tersebut dan tertarik dengan kenyataan “Kemenangan tertangguh” .

Namun ada juga pengguna yang menyindir kembali Menteri Hal Ehwal Agama itu dengan meninggalkan komen “Kalau tiga kali berturut itu dah kira level istiqomah dah tu Dr zul,” kata @romyldinho