Menteri Agama rakam terima kasih saluran YouTube cecah 50,000 subscriber

Menteri Agama rakam terima kasih saluran YouTube cecah 50,000 subscriber
Menteri Agama rakam terima kasih saluran YouTube cecah 50,000 subscriber
A
A
A

PADA era serba canggih ini, menjana pendapatan melalui YouTube sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat dan semakin ramai individu mula untuk mencuba nasib apabila ia dilihat sangat berpotensi menjadi lubuk ‘duit’.

Tambahan pula hari ini ramai YouTuber sudah bergelar jutawan kerana mampu meraih pendapatan tinggi menerusi saluran YouTube sahaja.

Siapa sahaja yang tidak ingin dikenali ramai tambahan pula ia datang bersama-sama dengan imbuhan wang yang boleh dianggap sebagai gaji apabila dibayar oleh YouTube dengan pengiraan tertentu.

Dalam kalangan selebriti tempatan juga dilihat tidak melepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada YouTuber yang mana ramai juga yang dilihat sudah berjaya meraih pendapatan.

Hal demikian kerana golongan selebriti sudah dikenali ramai membolehkan mereka mengumpul jumlah langganan dengan cepat dan ramai.

Bukan hanya meraih jutaan pelanggan untuk saluran sendiri di YouTube, malah penghasilan video menarik menjadikan ia satu daripada punca rezeki tambahan buat mereka.

Turut tidak terkecuali, Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri juga turut mempunyai saluran YouTube sendiri dah beliau dilihat aktif menghasilkan video-video perkongsian berkenaan agama dan berdakwah di platform tersebut.

Terbaharu, beliau melalui laman sosial Facebook miliknya dilihat berkongsi kegembiraan kepada pengikutnya yang memaklumkan saluran YouTube miliknya kini sudah meraih 50,000 langganan.

Bagi seorang individu yang bergelar YouTuber, pencapaian sebegitu adalah satu kejayaan buat mereka yang mana ia mampu menaikkan semangat untuk mereka berkarya dengan konten masing-masing.

“Terima kasih kepada semua pelanggan (subscribers) YouTube saya!

“Dapatkan informasi yang sahih, tepat dan terkini berkenaan Hal Ehwal Islam di Malaysia melalui YouTube Channel saya di https://youtube.com/c/DatukDrZulkifliMohamadalBakri,” tulisnya ringkas.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca