CUBA bayangkan satu rumah dipenuhi dengan lalat, sampai ruang nak berpijak untuk berjalan pun tak ada. Baru melangkah beberapa saat selepas disapu, ia kembali berkerumun.

Sudahlah menggelikan dengan keadaannya yang hitam merenyut itu, kehadirannya dari luar hingga ke dalam rumah amat merimaskan. Sedangkan kediaman sepatutnya menjadi ‘syurga’ yang aman untuk berehat dan bersama keluarga.

Keadaan itulah yang dialami keluarga Nur Aziemah Tenuri dari Batu 5, Kg Sungai Gulang-Gulang, Tanjung Karang, Selangor yang terpaksa menghadapi kemelut hidup dengan lebih berbilion lalat sejak lebih seminggu lalu.

https://www.facebook.com/aziemah07/videos/pcb.1549507588554703/1549485365223592/?type=3&theater

“Kami empat beranak iaitu saya, abang dan mak ayah kini terpaksa hidup dengan lalat yang datang dari tapak tidak jauh dari rumah kami ini. Sampaikan kat rumah kami tak boleh buat apa.

“Nak masak pun tak boleh, terpaksa makan di kedai. Basuh baju pun tak boleh, kena hantar ke kedai dobi. Keadaan usah cakap, memang menggelikan, tapi nak buat macam mana,” kongsinya dengan SinarPlus, hari ini.

Menurutnya, satu-satunya tempat yang ‘selamat’ buat masa ini hanya di dalam bilik tidur yang terpaksa ditutup 24 jam untuk mengelakkan serangga itu masuk.

Itu pun kadang terlepas juga kalau lambat tutup pintu bilik. ‘Sadis’ kan keadaan terpaksa dihadapi keluarga Nur Aziemah ini?

https://www.facebook.com/aziemah07/videos/pcb.1549507588554703/1549485778556884/?type=3&theater

Cerita wanita berusia 25 tahun ini, keluarganya sudah pun memaklumkan kepada pihak berkenaan. Namun demikian, tindakan menyembur racun lalat diambil hanya mampu bertahan sehari. Selepas itu serangan lalat kembali menghantui.

“Bapa saya terpaksa pasang jaring berwarna hijau tu untuk halang lalat masuk. Harap lepas ni kuranglah masalah ni,” katanya lagi.

Terdahulu postingnya tentang keadaan itu yang tular sejak semalam di medsos mengundang simpati warganet. Ramai yang menyarankan pelbagai tindakan berkaitan bagi mengurangkan masalah di hadapi keluarganya itu.

Berikut posting berkaitan beliau berkenaan masalah berkenaan:

Assalamualaikum. saya post ini bukan niat untuk memburukkan mana2 pihak lain. Dah lebih seminggu perkara ini berlaku. Sejak kebun sebelah rumah kami menggunakan najis tahi ayam untuk pertanian. Rumah kami diserang lalat. Terlalu banyak lalat sehingga kami tak boleh masak, nak makan pun tak lalu. Bau jangan ditanyalah, bila malam bau tahi tu lagi kuat. Tak tahu la ini dugaan atau apa. Kami dah complain pada pihak yang uruskan kebun ini, mereka hanya sembur sekelilingi rumah & kebun. Tapi bilangan lalat masih banyak.

Iklan

Mesti orang akan cakap “oh lalat” , “tempat saya pun ada lalat.”. Ada lalat di rumah memang tak pelik. Tapi pelik bila bilangan lalat tu tak boleh dikawal. Kena basuh pingan mangkuk sebelum makan sebab ada tahi lalat, lantai rumah jadi kotor & setiap kali masak lalat masuk dalam lauk. Hari raya ini ibu teringin masak kuah kacang, masak londeh tapi tak boleh masak sebab everytime masak lalat masuk dalam masakan. Nak jadikan kisah, hari raya ibu saya tak masak apa2. Sedih? Ye, tapi tak boleh buat apa. Lalat tu bukan dengar kata pun haha. Kesimpulannya saya taknak bila one of my family masuk hospital, baru buat tindakan. Saya harap sangat pihak yang bertanggungjawab buat tindakan dgn segera. SEGERA. Saya ulang lagi SEGERA.

Ps : PLS LA SETTLEKAN CEPAT! IBU SAYA ASYIK MEMBEBEL DEKAT SAYA. AKU YANG STRESS. AKU PENAT LAH ASYIK MOP SAPU REPEAT BENDA SAMA.

https://www.facebook.com/aziemah07/videos/pcb.1549507588554703/1549485271890268/?type=3&theater

Antara komen netizen:

Iklan

Ya allah byk nye . Klu sy pun . Sy stresss . Sdg kn smut yg tk seberapa pun sy dh bsing … Rpnya lg trok mslh org … Smga urusn awk dipermudhkn

Ini bkn biasa² je punya kes lalat..ni dh mganggu khidupan org lain dh sgt

Ne memang da tahap maximum lalat ne… percaya la bolih masuk dlm makanan… saya pernah jumpa rumah orang yg bnyak lalat sbb jiran dia ternak ayam… sampai cawan minuman pon kena kurung ngan lalat
Kesiannya.. Semoga bertemu jalan penyelesaian اَمِين يَا رَبَّ الْعَالَمِيْ

SinarPlus doakan moga masalah dihadapi Nur Aziemah sekeluarga ini segera mendapat penyelesaian dan dipermudahkan segala urusan. -AG #janganputusasamalaysia