BESARNYA pengorbanan barisan hadapan negara kita. Mereka bertungkus-lumus mengekang penularan Covid-19.

Tugas yang mencabar dan menakutkan sememangnya digalas barisan hadapan khususnya doktor, jururawat, kakitangan perubatan sehinggalah tenaga kerja peringkat Kementerian Kesihatan (KKM) yang berisiko tinggi dijangkiti virus tersebut.

Merekalah wira yang tidak didendangkan, bersedia berkhidmat demi negara!

Jika berlaku sedikit kealpaan atau kesilapan ketika melaksanakan tugas, maka bahana besar bakal menanti.

Pada musim pandemik Covid-19 yang semakin menular kini, barisan hadapan sentiasa berusaha keras membendung rantaian wabak berkenaan.

Mereka perlu menguruskan pesakit-pesakit Covid-19 termasuk berdepan dengan risiko besar untuk turut dijangkiti.

Seperti mana yang berlaku terhadap seorang jururawat dilaporkan meninggal dunia akibat terkena jangkitan Covid-19 daripada pesakit di hospital bertugas.

Mira Filzah pilu, sepupu hamil 7 bulan meninggal dunia. Berjangkit Covid-19 daripada pesakit di wad

Menerusi perkongsian pengguna Facebook dikenali Aina Hafizah Mohamad Fuzi, jururawat berkenaan dikenali sebagai Siti Aishah Mohd Zamri.

Beliau dikatakan sedang sarat mengandung tujuh bulan dan telah dijangkiti Covid-19 daripada pesakit di dalam wad.

Iklan

Difahamkan, Siti Aishah telah terlantar dan tidak sedarkan diri ketika dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Labuan.

“Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk rakan seperjuangan kami di KSKBSAS, staff nurse SITI AISHAH BINTI MOHD ZAMRI (Aishah Sienaa) yang telah kembali ke rahmatullah bersama-sama bayi dalam kandungannya pada 10.45 pagi tadi (semalam), di ICU Hospital Labuan.

“Allahyarhamah pregnant tujuh bulan, dijangkiti Covid-19 daripada patient di wad. Semoga ALLAH mencucuri rahmat dan dikurniakan pahala syahid pada dia,” tulisnya.

Baca juga Mengucap kalimah syahadah, video call sebelum ‘ditidurkan’. Nurse kongsi kisah pilu perjalanan akhir pesakit Covid-19

Sementara itu, pelakon dan pengacara, Nur Amirah Filzah Badioezaman atau lebih popular dengan nama pentas Mira Filzah turut memaklumkan perkara tersebut menerusi Instagram Story miliknya semalam.

Iklan

“Sedihnya, Allahuakbar, my cousin Aishah meninggal dunia sebab Covid-19.

“Dia tidak meninggal sendiri, dia meninggal dengan baby dia dalam kandungan,” katanya.

Salam takziah diucapkan buat suami arwah dan keluarga. Semoga diberi kekuatan dan ketabahan.

Justeru, buat orang ramai, Covid-19 ini betul-betul real guys dan ada di mana-mana! Terus kekal mematuhi SOP yang ditetapkan bagi memutuskan rantaiannya.