SELALU mengadu sakit kepala dan kadang-kadang nampak benda jadi dua.

Itu simptom yang sering dihadapi oleh Che Ku Arina Sabrina Che Ku Asmadi sebelum disahkan menghidapi tumor pada kepala.

Perkongsian rakan baiknya, @qanietah dalam akaun Twitter cukup meruntun hati lebih-lebih lagi ketika ini, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Temelong, Terengganu itu sedang terlantar lemah di katil.

Ketika dihubungi SinarPlus, @qanietah memaklumkan, Arina kini sudah menjalani pembedahan, namun masih belum boleh berjalan seperti dahulu.

arina tumor

“Hanya bangun untuk makan dan solat sahaja. Itupun memerlukan bantuan keluarga. Sedih hati saya bila dia bercakap pun macam dah tak jelas sekarang…mata pun dah tak nampak.

“Sekarang ini, setiap minggu dia akan ke hospital di Kuala Lumpur untuk dapatkan rawatan kimoterapi,” katanya.

Bercakap mengenai keadaannya sebelum ini, @qanietah memberitahu, Arina selalu mengadu sakit kepala dan cakap semua benda dia nampak jadi dua.

“Bila keadaan macam tu, terus papanya hantar ke hospital dan barulah tahu dia ada tumor di kepala.

“Sepatutnya bulan 10 ini dia perlu sambung belajar tapi dengan keadaan dia sekarang terpaksa postponed,” katanya yang turut memohon sumbangan orang ramai untuk meringankan beban keluarga Arina.

arina tumor

Rata-rata warganet terkesan dengan hantaran @qanietah tersebut dan turut menitipkan doa buat Arina supaya cepat sembuh.

arina tumor

Iklan

“Syafaakillah. Tak mampu nak bantu kewangan hanya mampu berkongsi amalan.

Boleh baca ayat-ayat syifa dan baca doa ini pada tempat tumor dan seangkatannya;

يَا مُكَبِّرَ الصَّغِير. وَيا مُصَغِّر الكَبِير. صَغِّرْهُ

Ya Allah Tuhan yg berkuasa mengecilkan yg besar membesarkan yg kecil, kecilkanlah ia.” – @jacksyedabdul

Iklan

“Hmm saya tak mampu nak beri sumbangan tapi saya cuma mampu berdoa semoga kawan awak kembali sihat. Untung kawan awak sebab dapat sahabat yang betul ikhlas berkawan.” – @hanimhanisah

“You are such a good friend. May ALLAH bless you. I tak mampu nak hulurkan sumbangan wang ringgit tapi mampu hulurkan doa yang ikhlas supaya dia sentiasa sihat,dilindungi Allah selalu dan diberikan rezeki.” – @itsmeaytenn