MANALAH anak tak sedih dan kecewa apabila emak ditipu hidup-hidup oleh skim pelaburan tak wujud hingga rugi lebih RM70,000.

Lagi bengang, bukan setakat duit simpanan di Amanah Saham Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja lesap sekelip mata, hutang saudara-mara pula sudah mencecah RM10,000.

Perkongsian Nur Shalwani Shari menerusi akaun Facebook membuatkan ramai terperanjat besar lantaran modus operandi scammer menyasarkan warga emas.

Kongsi beliau, meskipun sudah menasihatkan ibunya supaya tidak terpengaruh dengan posting yang bukan-bukan di media sosial, namun kes masih berulang.

“Ujian kami adik-beradik agaknya, selalu sangat pesan jangan layan yang bukan-bukan dekat telefon tu, tapi tak sangka mak lebih percayakan orang luar.

ditipu skim pelaburan

“Lepas kena tipu, masih bank in lagi…lagi dan lagi. Harap ini jadi pengajaran untuk orang lain,” katanya yang turut menyenaraikan transaksi kerugian yang ditanggung.

Nur Shalwani turut menasihatkan kepada semua saudara mara, jiran dan kenalan supaya tidak memberi pinjam wang kepada ibunya lagi.

 

“Jika masih berlaku, itu atas risiko sendiri. Kami adik-beradik dah tak nak campur dah. Duit tiap-tiap bulan tak pernah miss tapi tak tahulah apa lagi yang tak cukup.

“Sedih, marah, kecil hati pun ada dengan mak sendiri. Nasihat sikit pun tak nak percaya. Bila dah jadi macam ni, anak-anak yang jadi mangsa kena langsaikan hutang,” luahnya.

Report polis

Dedah wanita itu lagi, pada mulanya jumlah keseluruhan ibunya ditipu kira-kira RM58,745.

Namun selepas diselidik menerusi rekod perbualan di aplikasi WhatsApp, nilai ‘kehilangan’ agak mengejutkan.

ditipu skim pelaburan

“Saya dan suami sudah membuat laporan polis. Walaupun tahu duit yang hilang tak akan dapat semula, tapi nak bagi umi sedar yang dia sudah kena scam.

Baca juga ‘Ini semua scam, jangan tekan link!’ Neelofa dedah aktiviti scammer guna artikel palsu & gambarnya

“Selebihnya kami serahkan kepada ALLAH dan buat apa yang termampu selepas ini. Minta tolong orang di luar sana supaya berhati-hati dan pantau mak dan ayah,” pesannya.

ditipu skim pelaburan

Tidak mahu kejadian sama berulang, Nur Shalwani nekad membatalkan servis telekomunikasi dan memadamkan akaun facebook ibunya.

Iklan

“Jika mahu berhubung dengan umi selepas ini, boleh contact saya, abang atau kakak saya saja. Terima kasih kepada suami yang banyak tolong dan tengok satu persatu rekod WhatsApp umi.

ditipu skim pelaburan

“Saya tak tahu nak buat apa dah tanpa bantuan suami. Doakan kami sekeluarga dipermudahkan urusan selepas ini,” tulisnya.

Baca juga Tular ditipu puluhan ribu scammer kerja part time, wanita dedah kronologi dan modus operandi, psiko mangsa sampai duit licin

Sebagai anak, memang sedih bila diuji dengan insiden yang tak disangka-sangka. Apatah lagi melibatkan wang ringgit yang bukan sedikit untuk dibayar ganti.

ditipu skim pelaburan

Iklan

Penipuan online yang bermaharajalela perlu diberi perhatian sewajarnya semua pihak terutamanya golongan rentan yang mudah terpedaya dengan imbuhan duit yang tak masuk akal.

Moga apa yang berlaku dapat memberi iktibar kepada kita semua supaya saling berwaspada dan mengingatkan ibu bapa kita di kampung.

ditipu skim pelaburan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang