Nekad buka pusat jagaan kanak-kanak di usia muda tanpa buat pinjaman bank walaupun pernah kena fitnah

BERPEGANG kepada prinsip tidak akan menyerah kalah sebelum berjuang menjadi kunci kejayaan utama kepada Nabilah Ahmad Nawi yang berjaya membuka pusat jagaan kanak-kanak pada usia muda sejak empat tahun lalu.

Berbekalkan semangat kental dan berani mengambil risiko, Nabilah yang kini berusia 26 tahun mampu bergelar usahawan muda apabila berjaya membuka sebuah pusat jagaan kanak-kanak.

Memetik laporan media tempatan, pusat jagaan kanak-kanak yang dikenali sebagai Pusat Jagaan Bintang Kecil yang diusahakan Nabila terletak di Alor Setar, Kedah berjaya dibuka selepas beliau menamatkan pengajian peringkat diploma dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak dari Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR).

“Selepas tamat belajar pada 2015, saya bekerja dulu dengan orang mengajar di tadika dan prasekolah cari pengalaman sebelum mengambil keputusan membuka sendiri pusat jagaan ini pada 2016,” katanya.

Nabilah yang berasal dari Perlis itu berkata, beliau tidak membuat sebarang pinjaman bank untuk merealisasikan impiannya membuka pusat jagaan itu tetapi menggunakan modal simpanan sendiri hasil menjual produk kecantikan selain menjalankan perkhidmatan spa bergerak atau mobile spa.

Iklan
Iklan

“Cabaran paling utama masa mula-mula nak buka pusat jagaan ini adalah berkaitan modal. Saya buat sikit-sikit… ketika mula buka dulu hanya ada seorang tenaga pengajar (guru) dan lima kanak-kanak sahaja, tetapi lama-kelamaan kanak-kanak yang datang mendaftar semakin ramai.

“Pada usia saya 22 tahun ketika itu, saya ada keberanian untuk mengambil risiko membuka pusat jagaan ini. Saya juga tidak meminta bantuan wang ringgit daripada mak ayah saya kerana saya bukan daripada keluarga senang, ayah saya kerja di bendang sahaja,” katanya yang turut memberitahu pusat jagaannya itu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ditanya mengenai situasi getir pernah dihadapi sepanjang membuka pusat jagaan itu, Nabilah berkata:

“Tahun lepas paling teruk bagi saya apabila ramai budak-budak tidak datang dengan staf buat perangai, selain hadapi banyak persaingan termasuk fitnah terhadap saya yang buat saya ‘down’ sebab sedih hingga rasa nak tutup pusat jagaan ini.”

Bagaimanapun, ibu kepada seorang bayi perempuan berusia lima bulan itu berkata, perasaan sedih itu lama-kelamaan hilang dengan bersangka baik terhadap apa yang berlaku atas ketentuan Allah SWT dan terus bangkit mengumpulkan kekuatan berikhtiar mencari jalan penyelesaian memulihkan perkhidmatan pusat jagaannya itu.

“Setahun juga untuk pusat jagaan ini kembali normal iaitu pada tahun ini. Saya bangkit balik, saya hias bagi cantik nampak ceria semula pusat jagaan ini dan banyak membuat promosi tentang perkhidmatan di pusat jagaan saya ini.

“Saya seorang yang sangat positif terhadap semua benda, jika ada sesuatu perkara tidak elok berlaku, saya akan muhasabah diri. Saya akan semak apa silap yang saya dah lakukan untuk saya perbetul menjadi lebih baik,” katanya yang kini turut berniaga produk kesihatan dan kecantikan serta tudung sebagai pendapatan sampingan.

Anak kedua daripada lima beradik itu berkata keluarga terutama ibunya Zainab Din, 55, serta suaminya seorang tentera yang kini bertugas di Lubnan untuk tempoh setahun sejak November lepas merupakan kekuatannya dalam menghadapi segala cabaran dan kepayahan.

Nabilah kini mampu menarik nafas lega dan berbangga dengan usaha gigihnya kerana sudah mempunyai empat tenaga pengajar untuk mengendalikan kira-kira 50 murid di pusat jagaan berkenaan.

“Namun, untuk PKPP (Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan) ini kita hanya ada 25 kanak-kanak yang berumur antara empat hingga enam tahun datang ke pusat jagaan ini bagi sesi pagi hingga tengah hari. Setelah sekolah rendah dibuka, ada penambahan murid yang transit di sini selepas mereka balik sekolah,” katanya.

Katanya, pihaknya telah pun bersiap sedia daripada segi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) seperti ditetapkan kerajaan semasa tempoh PKPP yang antaranya menetapkan penjarakan sosial satu meter selain memastikan murid itu dalam keadaan sihat sebelum masuk ke dalam pusat jagaan berkenaan.

Ditanya pula tentang perancangan masa depannya, Nabilah berkata, beliau bercita-cita untuk membuka sebuah tadika jika berpeluang termasuk modal mencukupi untuk berbuat demikian.

“Saya berniaga kerana Allah SWT. Matlamat utama saya berniaga adalah bukan untuk menjadi jutawan, tetapi nak jadi dermawan.

“Mudah-mudahan dengan asbab berniaga mengikut sunnah ini, rezeki lebih dan dapat memberi lebih supaya hidup diberkatiNya,” katanya.

BERNAMA

Share
Meen

Biodata Penulis

Recent Posts

Pasrah hilang jari ketika daki Puncak Mera, ratu cantik Malaysia ‘move on’, mahu teruskan misi tawan gunung lain

  ALANG-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Meskipun kehilangan salah satu jari kaki…

6 hours ago

Harapkan yang baik-baik untuk diri & anak, Irma Hasmie enggan kongsi lanjut perkahwinan Redza Syah Azmeer

PELAKON dan pengacara Irma Hasmie menjadi perhatian ramai susulan berita perkahwinan suami, Redza Syah Azmeer…

6 hours ago

Kepala bayi songsang terputus akibat dipaksa bersalin normal, ibu cerita detik cemas. 10 info kehamilan songsang anda perlu tahu

KETERUJAAN menyambut cahaya mata bertukar duka bagi pasangan ini apabila bayi yang dinanti-nantikan maut dalam…

8 hours ago

Tahniah! Syafiqa Melvin hamil 4 bulan, warga maya puji seri ibu mengandung

SIAPA yang tidak kenal dengan empat orang adik-beradik daripada 'utagha' (Utara) iaitu bekas pengacara Siti…

10 hours ago

Nak cantik cepat, lain pula yang dapat. Rawatan muka drakula punca 4 wanita ini dijangkiti virus HIV

SUDAH banyak rawatan muka di dunia ini yang terbukti berkesan untuk menjadikan wanita kekal cantik…

13 hours ago

Ustaz Don Daniyal meriahkan majlis KinderHive Riang Raya dan Soft Launch 2024, sasar 50 pembukaan outlet di seluruh tanah air

KinderHive baru-baru ini mengadakan majlis “KinderHive Riang Raya & Soft Launch 2024” bagi pusat didikan…

14 hours ago