NIMS ADELICIOUSZ ubah hidup Tengku Nurhaiza

A
A
A

TENGKU Nurhaiza Tengku Othman, 29, mengakui beliau seorang yang agak pemalu suatu ketika dulu. Malah, beliau sendiri tidak menyangka akan menjadi peniaga yang berjaya dan disegani selepas menempa nama bersama NIMS ADELICIOUSZ, produk makanan ringan berasaskan coklat dan bijirin.

Ujar Tengku Nurhaiza, beliau menceburi bisnes bermula pada tahun 2015 ketika berada pada tahun akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda Juruukur Bahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak.

"Pada masa sama, saya kerap ikut kakak, Kak Nim (Tengku Norhanim yang merupakan pengasas NIMS ADELICIOUS) dalam pelbagai acara dan bersama pelanggan ketika berniaga.

"Daripada situ, saya mula belajar bagaimana untuk melayan pelanggan dan pada yang sama cuba menjual produk NIMS ADELICIOUSZ di kampus. Alhamdulillah, dalam tempoh dua minggu, 60 unit habis dijual," katanya kepada SinarPlus baru-baru ini.

Bagaimanapun anak kedua daripada lapan beradik itu mengakui, beliau melakukan itu sekadar suka-suka dan tidak begitu serius dengan bisnes tersebut pada mulanya.

Tengku Nurhaiza TENGKU NURHAIZA (depan, lima dari kiri) dan Tengku Norhanim (depan, enam dari kanan) bersama tulang belakang yang banyak membantu mengembangkan jualan produk NIMS ADELICIOUSZ.

Selepas habis belajar di UiTM, wanita itu bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai juruukur bahan.

"Walaupun Kak Nim banyak kali pujuk untuk berniaga, saya kurang yakin dengan diri saya. Namun, hati saya kembali terbuka ketika bercuti berpantang selepas bersalin anak sulung pada tahun 2017.

"Saya buka akaun Instagram baharu untuk mulakan balik perniagaan sambilan saya dengan modal sifar. Saya tidak simpan produk sebab masih dalam pantang.

"Untuk memudahkan urusan, saya cari beberapa ejen di bawah saya. Dapatlah empat orang ejen pada masa itu. Urusan jual beli dipermudahkan kerana pihak ibu pejabat NIMS ADELICIOUSZ menguruskan penghantaran produk," imbaunya.

Baca juga Jana pendapatan lumayan bersama NIMS ADELICIOUSZ sejak usia 15 tahun

Momentum positif

Menurut Tengku Nurhaiza, beliau kemudian mengambil keputusan terbesar dalam hidupnya dengan berhenti kerja.

"Saya berbuat demikian pada bulan Mac tahun lepas dan nekad untuk memberi tumpuan kepada bisnes. Bukannya tak sayang kerjaya dulu, tetapi saya menyimpan impian untuk bebas daripada belenggu kewangan dan capai apa yang saya mahu.

Tengku Nurhaiza TENGKU NURHAIZA (kanan) dan suaminya, Ahmad Ridzwan bersama-sama berniaga produk NIMS ADELICIOUSZ.

"Pada ketika itu juga, saya sebenarnya rasa keputusan terbesar itu diambil kerana dihimpit dengan rasa terkilan kerana saya susah nak ambil cuti meskipun ayah saya sakit.

"Dengan berbisnes, kita boleh atur masa dengan baik," katanya yang kini mempunyai 200 ejen yang aktif di sekitar negara ini termasuk di Singapura dan Brunei.

Beliau juga memiliki 20 orang stokis di samping empat individu yang sudah bergelar Leader Stokist.

Ternyata rezeki memang tidak pernah salah alamat. Kesungguhannya berbisnes berbalas apabila beliau kini sudah berada pada posisi Master Leader. Perniagaannya juga semakin menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan meskipun negara kini sedang dilanda pandemik Covid-19.

Kepada SinarPlus, Tengku Nurhaiza memberitahu, momentum positif itu telah mendorongnya menyewa sebuah rumah untuk dijadikan sebagai tempat menyimpan stok produk.

Wanita itu juga menyewa sebuah kedai di Plaza Glomac, Kelana Jaya, Selangor pada bulan November tahun lalu untuk memudahkan urusan perniagaan.

Tengku Nurhaiza TENGKU NURHAIZA yang telah bergelar Master Leader kini mempunyai sebuah kedai yang menyimpan bekalan produk NIMS ADELICIOUSZ.

"Alhamdulillah, jualan mencecah sebanyak 3,000 karton produk NIMS ADELICIOUSZ dalam tempoh sebulan," katanya berkongsi kegembiraan.

Ibu kepada dua orang cahaya mata itu juga berlapang dada apabila suami tercinta, Ahmad Ridzwan Mohamed Noor, 29, turut sama menyertainya memasarkan produk NIMS ADELICIOUSZ.

Berkat doa dan kegigihannya, Tengku Nurhaiza memberitahu, mereka sudah mampu membeli rumah kedua secara tunai hasil berniaga dengan jenama hebat tersebut.

“Saya juga dapat penghargaan daripada syarikat apabila memberikan bayaran pendahuluan RM30,000 untuk membeli kereta. Alhamdulillah, pinjaman rumah dan pendidikan berjaya dilunaskan,” katanya.

Berbicara lanjut tentang Peraduan PKPNimsxSinar yang sedang berlangsung sehingga 14 April depan, Tengku Nurhaiza menyaran orang ramai agar segera merebut peluang itu untuk mengubah kehidupan.

Dalam peraduan itu, pembaca Sinar Harian berpeluang memenangi hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM150,550. Pertandingan itu bersempena pelancaran produk edisi istimewa, Siri Pelangi, selain sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan setia jenama tersebut.

“Saya akui, agak ramai juga orang yang menghubungi saya bertanyakan tentang produk berkenaan dan menyimpan harapan untuk menang. Cubalah hantar sebanyak mungkin penyertaan yang mungkin. Siapa tahu, rezeki mungkin akan berpihak kepada kita,” saran beliau.

PKPNimsXSinar diadakan menerusi dua platform iaitu melalui akhbar Sinar Harian dan Sinar Harian Online bermula 1 Februari lalu hingga 14 April depan.

Jangan lupa untuk mengikuti perkembangan NIMS menerusi akhbar kompak terkemuka ini dan platform digitalnya pada setiap hari.

Tengku Nurhaiza CHOCO BALL dan Rainbow Cereal with White Chocolate a ntara perisa bagi Crispy Choco Tub keluaran NIMS ADELICIOUSZ.

PROFIL

Nama: Tengku Nurhaiza Tengku Othman

Umur: 29 tahun

Facebook: Tengku Nurhaiza

Instagram: @nimsofficial.tengkunurhaiza

Foto: Ihsan Tengku Nurhaiza Tengku Othman, Instagram @nimsofficial.tengkunurhaiza & Facebook Tengku Nurhaiza

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca