Nona Superwoman Award 2022 terus mengangkat martabat kaum wanita, iktiraf 50 individu cemerlang

MENERUSKAN tradisi sebelumnya, Nona sekali lagi memberi pengiktirafan kepada wanita-wanita hebat dalam pelbagai bidang menerusi penganjuran Nona Superwoman Award 2022 baru-baru ini.

Selari dengan visi dan misi bagi mengangkat martabat kaum Hawa, anugerah yang berlangsung di M Resort & Hotel Kuala Lumpur itu telah meraikan 50 individu istimewa.
Kesemua mereka terpilih berdasarkan kecemerlangan dan sumbangan yang diberikan kepada komuniti dan negara sepanjang tahun 2022.

Secara keseluruhan, terdapat 48 anugerah yang diberikan pada satu majlis makan malam bertemakan The Oscar Glam.

Acara yang dibawakan oleh penaja utama Usanita Sdn Bhd dan penaja bersama IDW Design & Build meriah dengan kehadiran Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan, Che Puan Sofie Louise Johansson Petra yang berkenan merasmikan majlis tersebut.

Turut hadir Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan isteri Menteri Besar Selangor Datin Seri Masdiana Muhamad serta Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Suriani Ahmad.

Baca ni ‘Orang yang jaga ibu bapa, orang yang berjaya.’ Kak Ell tidak lupa asal usul, bangga guna nama sendiri untuk jenama produk

GANDINGAN 2 ORGANISASI
Dalam pada itu, Editor Pengurusan Nona, Kiffy Razak meluahkan rasa syukur kerana usaha pihaknya untuk mengetengahkan golongan wanita yang cemerlang dan berprestasi tinggi telah berjaya memberi impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi Malaysia.

Ujar Kiffy lagi, setiap individu yang diraikan juga antara yang terjejas impak daripada pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, mereka masih mampu berkembang maju dan bertahan berbekalkan jati diri dan semangat yang kuat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Adzliana Datuk Sri Prof Dr Hasan berkata, kerjasama Usanita dan Nona bukanlah pertama kali, sebaliknya ia kesinambungan gandingan dua organisasi (korporat dan media).

“Kami mula saling mengenali sejak tahun 2020 apabila saya antara yang menerima anugerah pada Nona Superwoman Awards 2020.

“Justeru, penglibatan Usanita di dalam projek ini juga antara usaha memperkasakan jenama Usanita sebagai badan korporat bagi kategori pemudah cara untuk golongan usahawan,” ungkap Adzliana.

Iklan

Baca lagi ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

Berikut antara penerima anugerah Nona Superwoman Award 2022:
1)Anugerah Nona VIP Award: Toh Puan Ragad Kurdi Taib bagi , Datuk Seri Siti Nurhaliza anugerah Nona Celebrity Business Award,
2)Anugerah Nona Beauty Award: Che Puan Juliana Evans
3)Anugerah Nona Active: Datuk Leong Mun Yee
4)Nona Health Influencer Award, Dr Malar Santhi Santherasegapan
5)Nona Motivator Award, Ustazah Asma’ Harun
6)Nona Hijab Business Award: Nur Fazura

Turut tersenarai sebagai penerima ialah johan qariah pada Majlis Tilawah dan Menghafaz Al-Quran Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-62, Sofizah Mousin bagi kategori Nona Outstanding Achievement Award.

Iklan

Tahniah SinarPlus ucapkan kepada semua!

Baca lagi ‘Obses dengan duit dan mahu cepat jadi kaya.’ Cik Puan Gojes tak kisah apa orang nak kata 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.