NORHIDAWATI Abdul Aziz mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi penganugerahan Royal Crown Diamond.

Usahawan wanita itu mendapat pengiktirafan menerusi penganugerahan Royal Crown Diamond oleh syarikat peneraju dalam minyak pati dan penyelesaian kesejahteraan antarabangsa, Young Living.

Bukan calang-calang wanita ini, berikut 10 info menarik mengenainya;

1. Norhidawati turut melakar sejarah apabila muncul sebagai wanita Islam pertama di dunia yang mendapat anugerah tertingggi apabila berjaya mengekalkan jualan sebanyak RM6.3 juta sebulan sejak Mei 2020 sehingga kini dengan memiliki 30,000 rangkaian ahli di bawahnya.

2. Norhidawati yang merupakan Pengarah Urusan, Oilylicious Healthcare Sdn Bhd juga membuktikan kemampuannya luar biasa apabila syarikatnya itu menjadi penyumbang utama sebanyak 70 peratus daripada jualan keseluruhan di Young Living negara ini sebanyak RM158 juta sejak 2014.

5. Ibu kepada lima anak itu menyertai syarikat berpengkalan di Amerika Syarikat itu pada 2014 dan pernah mencatat jualan tertinggi adalah sebanyak RM35 juta sebulan yang diraihnya ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Baca juga Kak Ell ambil pusing ‘teguran’ anak demi jadi ibu terbaik. Usahawan terkenal ini juga berkongsi cerita jatuh bangun bisnesnya

Foto FB Norhidawati

 

6. Sebelum ini, Norhidawati, 43, merupakan Pengetua dan Pengasas Genius Baby on Board iaitu sebuah pusat pendidikan awal kanak-kanak yang terletak di Puchong, Selangor.

7. Dia bersyukur dengan penganugerahan dan tidak menyangka akan menjadi Muslim pertama di dunia dinobatkan anugerah tertinggi di sebuah syarikat antabangsa.

8. Ujarnya, sesuatu kejayaan itu tidak akan datang bergolek kerana setiap impian atau kejayaan itu terhasil daripada kerja keras dan konsisten terhadap apa yang kita lakukan setiap hari.

Baca juga Daripada tanah kosong, usahawan ini bangunkan hotel kecil. Nilai tempahan bilik dah cecah RM2 juta

Iklan
Foto FB Norhidawati

9. Katanya, walaupun pada awalnya menyertai bisnes itu secara kebetulan kerana menggunakam produk Young Living untuk anak sulungnya yang penghidap autism, namun ia telah merubah kehidupan 360 darjah hingga mampu meraih pendapatan enam angka.

10. Rahsia kejayaannya, menjadi usahawan berjaya apabila menceburi sesuatu bisnes dengan memiliki pendidikan dan ilmu pengetahuan yang perlu dicari sepanjang masa untuk digunakan ketika bertemu orang ramai.

“Tiga kunci utama yang wajib ada ialah syarikat yang kukuh dan stabil, produk berkualiti yang unik dan sukar ditemui serta pasukan yang kuat, konsisten serta saling menyokong antara satu sama lain,” katanya.

Iklan

Sumber: astro awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!