Nota terakhir seorang ayah sebelum ditidurkan - Wanita kongsi bapa jadi mangsa korban Covid-19

A
A
A

KEHILANGAN insan tercinta amat memeritkan. Namun siapa kita untuk mempertikaikannya, selain menerima kenyataan itu dengan reda.

Seperti salah satu kisah yang amat meruntun hati daripada salah seorang anak kepada mangsa korban pandemik Covid-19 meluahkan rasa sedih kehilangan bapa tersayang.

Menerusi perkongsian Fika Maira di ruangan Facebook, dia bersyukur dapat selesaikan urusan pengebumian abahnya.

"Assalamualaikum WBT. Alhamdulillah. selesai sudah semua urusan pengebumian abah pagi tadi (Khamis, 19 November 2020).

"Alhamdulillah sempat sampai dan jadi wakil keluarga tengok abah disimpan walaupun dari jauh.

"Alhamdulillah semua urusan pun Allah mudahkan. Semoga Allah ampunkan abah, beri kelapangan pada abah, dilepaskan daripada siksa kubur, dimasukkan di kalangan orang-orang beriman," tulisnya.

Lagi menyedihkan, apabila arwah ayahnya sempat meninggalkan nota untuk anak-anak tercinta.

"Nota ini yang paling terakhir sekali abah tinggal sebelum abah ditidurkan pada Isnin lepas. I cried everytime.

"Bagi sesiapa yang mengenali abah, sesiapa yang abah saya berhutang dengannya, mohon direct terus pada saya atau ahli keluarga yang lain.

"Doakan juga buat ahli keluarga saya yang lain yang masih lagi dirawat dan dipantau di hospital Ipoh, semoga terus sihat dan selamat dari wabak ini InsyaAllah," ujarnya.

Nota terakhir seorang ayah sebelum ditidurkan - Wanita kongsi bapa jadi mangsa korban Covid-19

Di samping itu, Fika Maira turut berpesan kepada orang ramai, Covid-19 bukan mainan dan jaga diri serta keluarga.

"Covid-19 isn’t a joke guys. Follow SOP dan jaga jarak. Jaga diri, jaga keluarga.

"Cuma saya dan suami dan sorang anak menakan sahaja yang tidak dijangkiti. Saya bukan penyebab mereka dijangkiti. Ini kerana ia berlegar-legar di WhatsApp kata saya punca," katanya.

Fika Maira turut mengambil kesempatan ini dengan mengharapkan agar orang ramai mendoakan kesihatan ahli keluarganya yang lain yang masih dirawat di hospital.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengucapkan salam takziah atas kehilangan bapa tersayang serta turut mendoakan buat ahli keluarganya yang masih dirawat.

Baca juga Kehilangan ibu, 16 ahli keluarga positif Covid-19 – Wanita kongsi pengalaman 2 minggu di ICU

Moga keluarga Fika Maira diberi kesembuhan dan ketabahan mengharungi ujian ini. InsyaAllah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca