JIKA sesetengah pengusaha produk menggunakan jalan singkat seperti melakukan gimik atau kontroversi demi melariskan produk, berbeza pula dengan Kak Ell.

Tegas pemilik nama sebenar, Sharmila Johan itu, beliau enggan berbuat demikian kerana percaya cara begitu tidak akan membantu produknya kekal lama di pasaran.

“Pada pandangan saya, bukan semua orang berpendirian seperti itu. Ada sesetengah pelanggan lebih memilih untuk membeli produk daripada jenama yang tidak menggunakan sebarang gimik atau kontroversi.

“Lagipun pengguna zaman sekarang sangat bijak dalam memilih dan membeli sebab mereka ada hak. Jadi, lebih baik fokus sahaja untuk menghasilkan produk yang berkualiti dan membantu pelanggan menyelesaikan masalah kulit yang mereka hadapi,” ujar pengasas produk Kak Ell yang juga Pengarah Urusan, Armila Berhad ketika ditemu bual SinarPlus baru-baru ini.

Baca ni ‘Saya bangga dan sayang ayah.’ Tak malu sarungkan baju kerja ayah dalam pertandingan di sekolah, kisah adik Auni bikin sebak!

Pada masa sama, kata anak kelahiran Pahang itu, beliau bersama pasukannya lebih fokus kepada menghasilkan kandungan yang menarik menerusi TikTok live.

“Alhamdulillah melalui platform tersebut, ia dapat membantu menarik pelanggan baharu di samping memberikan konten yang bermanfaat buat pelanggan setia kami.

“Selain itu, kami juga turut turun padang dengan menyertai mana-mana program yang dianjurkan. Cara ini membolehkan kami bertemu secara langsung dengan pengguna produk Kak Ell,” ujarnya yang percaya bahawa menjaga ibu bapa boleh mempengaruhi seseorang berjaya dalam hidup.

Kak Ell menghargai staf dalam satu majlis penganugerahan baru-baru ini.

GUNA NAMA SENDIRI

Menjawab persoalan tentang pemilihan memilih nama sendiri sebagai tagline dan penjenamaan produknya, empunya diri berkata, idea tersebut lahir selepas menerima maklum balas daripada para pelanggan.

“Ini adalah sesuatu yang unik dan mahal bagi saya. Kalau diikutkan nama Kak Ell itu lahir daripada pelanggan sendiri.

“Awal-awal kemunculan, saya selalu buat video kesedaran tentang jeragat dan saya selalu gelarkan diri sebagai Kak Ell. Sejujurnya, saya juga bangga menggunakan nama sendiri untuk produk yang saya hasilkan,” ujarnya.

Kongsi beliau lagi, untuk tagline pula, ia diperoleh juga daripada pelanggan tersayang.

“Mereka selalu kata, ‘pakai produk Kak Ell, memang menjadi, memang cantik.’ Jadi, dari situlah bermulanya saya pakai tagline, #MemangCantik. Alhamdulillah, sudah empat tahun jenama ini bertapak,” katanya.

Baca lagi Pernah diperlekeh bina rumah terapung hadapi banjir, kini anak bangga usaha ayah berhasil. Inspirasi!

SAINGAN & PENGORBANAN

Kalau bercakap soal persaingan, ia memang cukup sengit. Pun demikian, usahawan yang berusia 41 tahun itu sentiasa optimis dan enggan tunduk mengalah dengan mudah.

“Mula-mula dilancarkan, produk jeragat ini memang tidak mendapat perhatian. Kononnya, ini produk orang tua. Pun begitu, sejak kebelakangan ini saya mendapati ada beberapa jenama lain yang mula mengeluarkan produk jeragat yang sama seperti Kak Ell. Itu satu petanda yang baik.

Iklan

“Lebih membahagiakan apabila usaha gigih saya dalam bidang ini mendapat pengiktirafan dan ini sangat bernilai buat saya,” katanya gembira.

Berdasarkan rekod, Kak Ell berjaya menggondol Anugerah Global Best Consumer Brands for Skincare, SME 100 Awards 2021 dan Affin BMI Women Entrepreneur Awards 2021.

“Anugerah daripada pihak SME (Small Medium Enterprise) sememangnya tidak boleh dibeli. Maka, ini merupakan satu pencapaian yang sangat membanggakan,” ujarnya yang turut memasang impian untuk membimbing lebih ramai orang terutama dalam kalangan suri rumah dan golongan pelajar untuk berjaya dengan menyertai Tim #KakEllStars.

Di sebalik kejayaan demi kejayaan yang dikutip wanita berkulit putih itu, empunya diri terpaksa berkorban banyak perkara.

Lebih-lebih lagi soal masa bersama keluarga, sementelah beliau bukan hanya seorang wanita bekerjaya, bahkan juga isteri dan juga ibu kepada tiga cahaya mata.

Bohonglah andai kata semuanya manis-manis belaka. Kata Kak Ell, semasa memulakan bisnes, anak-anaknya masih kecil.

Iklan
Bersama suami yang menjadi tulang belakang kejayaan dalam menyokong bisnes yang diceburi kak Ell.

Baca lagi ‘Ibu berjiwa kental, memang iron lady betul.’ Pilih kerjaya berisiko, ramai kagum dengan Maya ‘tawan’ puncak KLCC

Jadi, tiada sebarang protes daripada mereka sekiranya beliau ingin pulang kerja lambat atau perlu bekerja pada hujung minggu.

“Kini anak-anak semakin membesar dan bersekolah, mereka semakin mempertikaikan jika saya perlu bekerja pada hujung minggu.

“Tarikh cuti sekolah dan kerja pula tidak sama dan kadangkala agak susah untuk bawa anak bercuti. Kerjaya saya membataskan masa untuk bersama mereka dan anak-anak mungkin tidak faham bab itu,” ujarnya.

SinarPlus, sinarplus.sinarharian.com.my untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.