‘Paling berjiwa rakyat’, 239 hari lagi Agong bakal pulang ke Pahang buat ramai sebak

MENGHITUNG hari, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam bertitah bahawa Seri Paduka bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hanya mempunyai kira-kira 239 hari, sebelum menamatkan tugas dan berangkat pulang ke negeri Pahang.

Seri Paduka menzahirkan kesyukuran kerana telah dianugerahkan taufik dan hidayah, kudrat, serta keafiatan daripada ALLAH SWT untuk melaksanakan amanah besar memayungi Malaysia selama hampir lima tahun.

“Dalam perkiraan Beta, hanya 239 hari lagi sebelum Beta berdua balik ke kampung, ke negeri Pahang.”

Seri Paduka bertitah demikian pada Istiadat Menghadap dan Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2023 di Istana Negara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, pada Isnin.

Ia merupakan istiadat pengurniaan darjah kebesaran terakhir yang disempurnakan Seri Paduka Baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI setelah bersemayam sejak 2019.

Baca juga Contoh terbaik pemimpin Islam. Anniversary ke-37, Agong, Permaisuri sambut dengan doa selamat, bacaan Yasin

Pada masa yang sama Yang di-Pertuan Agong yang juga Sultan Pahang, turut menzahirkan penghargaan dan kesyukuran kepada Majlis Raja-Raja atas kepercayaan serta amanah besar kepada Seri Paduka dalam memayungi negara hampir lima tahun sejak 2019.

Seri Paduka Baginda bertitah, nasihat dan pandangan yang dizahirkan oleh Raja-Raja Melayu telah berupaya untuk membantu dalam merungkai pelbagai kemelut yang melanda negara.

“Semangat musyawarah Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Melayu perlu terus dijunjung dan diperkasakan, sebagai mekanisme semak dan imbang terakhir ke atas tadbir urus negara yang telus, demi kelangsungan hidup rakyat jelata,” titah Baginda.

Al-Sultan Abdullah bertitah, sistem penggiliran yang di-Pertuan Agong di antara sembilan Raja-Raja Melayu yang diamalkan semenjak kemerdekaan negara, menjadi bukti kekuasaan dan jawatan bukan bersifat mutlak.

Baca juga Ramai teruja Agong, Permaisuri tiba-tiba muncul di restoran, bawa anakanda, cucunda santap ayam goreng

Iklan

Sementara itu, rata-rata rakyat yang mendengar perkhabaran tersebut meluahkan rasa sedih mereka di laman sosial.

Ujar mereka;

“Tolonglah jangan pergi Tuanku, Tuanku tercatat dalam sejarah negara yang handle kemelut politik dengan cemerlang, daulat Tuanku.”

“Weh sedihnya. Agong dan permaisuri ni lah paling berjiwa rakyat untung orang Pahang.”

“Sedihnya weh. First time Agong nak bertukar aku sedih.”

Iklan

“Humblenya. Tuanku ibaratkan istana sebagai kampung. Long Live King, Long Live Queen.”

“5 tahun memerintah negara. Dari Covid-19, PM sampai tukar 4 kali memang banyak kenangan Tuanku.”

Baca juga Agong ucap tahniah pelajar Malaysia dinobat ‘Top In The World’ subjek Kimia. Tewaskan hampir sejuta pelajar lain seluruh dunia

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!