INSIDEN buli-membuli masih lagi berlaku dalam kalangan masyarakat kita khususnya di sekolah.

Perbuatan buli boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu buli fizikal dan buli mental. Buli fizikal merupakan satu perbuatan yang melibatkan tindakan pukul-memukul, memeras ugut, menampar,menendang, menarik rambut, menolak atau mencubit yang hingga menyebabkan kecederaan.

Manakala jenis lain ialah buli lisan yang merupakan sejenis buli yang lebih kepada ejek-mengejek atau menghina, menyebarkan khabar angin atau fitnah dan mengancam.

Seperti pergaduhan di sekolah yang membabitkan pelajar Tingkatan Empat dan Tiga yang menjadi tular di laman sosial termasuk WhatsApp dan Facebook dikatakan berpunca daripada perbuatan mengejek.

Baca juga: Jadikan pengajaran! 10 pelajar MRSM terlibat buli ditamatkan pengajian. Berikut kronologinya

Menerusi video berdurasi 38 saat itu guru dilihat cuba meleraikan pergaduhan antara dua kumpulan pelajar di luar bilik darjah.

Suasana menjadi tidak terkawal apabila dua kumpulan pelajar berkenaan mula bertumbuk.

SinarPlus kongsikan 10 info berkaitan kejadian berkenaan;

1. Pergaduhan tersebut berlaku di sebuah sekolah menengah di Sungai Pelek pada jam 10.30 pagi.

2. Ia dikatakan berpunca daripada perbuatan provokasi ejek-mengejek seorang pelajar Tingkatan Empat terhadap seorang pelajar Tingkatan Tiga.

3. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) sekolah itu menerima panggilan dari pengetua sekolah memaklumkan kejadian.

4. Menerusi video, pelajar Tingkatan Empat menumbuk bahagian muka pelajar Tingkatan Tiga, namun tumbukan itu hanya terkena sedikit.

Gambar hiasan

5. Susulan itu insiden tolak menolak tercetus di antara sekumpulan pelajar.

6. Bagaimanapun hasil pemeriksaan awal, tiada kecederaan terjadi kepada pelajar yang terlibat dan mereka mengakui kesalahan.

7. Wan Kamarul Azran menjelaskan para pelajar terlibat berdamai dan berjanji tidak mengulangi kesilapan masing-masing.

8. Difahamkan pihak sekolah juga tidak membuat apa-apa laporan polis memandangkan kejadian tersebut tidak melibatkan kecederaan dan mereka akan mengambil tindakan disiplin ke atas semua pelajar yang terlibat.

9. Bagaimanapun, Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pegawai berkenaan telah berjumpa dengan pengetua bersama beberapa orang guru di bilik pengetua sekolah.

10. Pegawai terbabit turut memberi nasihat dan amaran kepada tujuh pelajar yang disyaki terlibat dalam pergaduhan tersebut.

Baca juga: [VIDEO]Suami baran pecahkan cermin kereta depan anak cetus amarah ramai

JENIS BULI

Iklan

Buli bermaksud mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

Ia juga dikatakan sebagai tingkah laku agresif sama ada fizikal atau psikologi yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak seronok.

Perbuatan buli terbahagi kepada lima seperti berikut;

1.Buli secara fizikal ialah seperti memukul, menendang, menampar atau sebarang perbuatan buli yang melibatkan sentuhan fizikal.

2.Buli bahasa pula ialah gelar nama, mentertawakan atau rasis.

3.Buli isyarat ialah seperti menunjukkan isyarat penumbuk, menggoyangkan punggung atau menjeling mata.

Iklan

4.Buli ugutan pula ialah meminta wang, mengambil makanan

5.Buli perhubungan ialah perbuatan memfitnah, memulaukan atau mengumpat

Diharapkan perbuatan buli dicegah segera. Jangan biarkan ia membarah dan mengancam generasi muda kita!

Baca juga: Gara-gara dendam, remaja 17 tahun sanggup upah buruh binaan rogol dan bunuh kawan sendiri

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI