SERAMAI tiga orang pelajar, Muhammad Amiruddin Amar, Ahmad Nasharuddin Anua dan Mifzal Haziq Mazelan meraih kemenangan selepas mencipta peranti yang menganalisis paras oksigen hutan.

Penciptaan alat dinamakan Analisa Peratusan Oksigen bermanfaat memandangkan jumlah penebangan hutan yang meningkat di seluruh dunia.

Ia sekali gus meletakkan tiga pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chukai, Terengganu itu sebagai juara dalam Cabaran Do Your :Bit Challenge Asia Pasifik.

Pertandingan dalam talian itu dianjurkan oleh Yayasan Pendidikan Micro:bit, iaitu syarikat pendidikan teknologi bertujuan menggalakkan pelajar menggunakan kemahiran digital mereka untuk menyelesaikan masalah dunia.

Analisa Peratusan Oksigen berfungsi dengan menggunakan dua komputer bersaiz poket proprietari micro:bit, dengan satu diletakkan di dalam hutan manakala satu lagi diletakkan di dalam bilik kawalan. Kedua-duanya berfungsi membenarkan paras oksigen dibaca secara berkala.

“Peranti ini lebih murah, mudah dan praktikal berbanding penggunaan imej satelit.

“Inovasi kami ialah mekanisme baharu untuk memastikan keseimbangan ekosistem dan memastikan kehidupan yang lebih sihat untuk manusia dan alam sekitar.

“Penciptaan itu akan membantu usaha dalam mengawal aktiviti penebangan hutan,” jelas Ahmad Nasharuddin.

Sepanjang proses membangunkan inovasi berkenaan, para pelajar mendapat bimbingan daripada guru, Febing Ayu Marjohan dan Irfah Hafizah Ahmad serta dua mentor dari Kolej Universiti TATI iaitu Profesor Madya Dr. Ruzlaini Ghoni dan Khairudin Ali.

Iklan

Menurut Pengetua SMK Chukai,Tengku Shahrir Tengku Dahlan, ini kali pertama Malaysia muncul juara dalam pertandingan yang menyasarkan remaja berusia 15 hingga 18 tahun itu menerusi penyertaan tiga pelajar sekolahnya.

Kemenangan mereka mengenepikan 400 penyertaan daripada negara-negara Asia Pasifik yang lain.

Hebatnya anak muda Malaysia! Semoga kisah kejayaan Muhammad Amiruddin, Ahmad Nasharuddin dan Mifzal Haziq ini menyuntik semangat dan inspirasi buat kita semua. #PerkasakanSuaraMalaysia

Iklan

Baca juga: 10 fakta ringkas kejayaan Maryam Muzamir, murid Tahun 5 menangi 3 pingat emas reka cipta antarabangsa

Baca juga; Bangganya! Pokok Cengal Terbesar Dunia Ada Di Terengganu, Sama Tinggi Bangunan 20 Tingkat

Baca juga: Suami isteri genggam PhD usia 26 tahun, berkahwin dan ada anak bukan penghalang

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram! 

Sumber: Bernama