Pelakon suara Upin Ipin, BoBoiBoy sah berkahwin, ramai pula akui diri dah tua

ALHAMDULILLAH, tahniah! Pelakon suara karakter animasi ikonik, Upin Ipin dan Boboiboy selamat berkahwin dengan pilihan hatinya pada usia 24 tahun.

Tahukah anda Nur Fathia Dhiaz yang kini juga bergelar guru salah seorang insan yang mewarnai dunia kanak-kanak golongan lahir pada zaman 80-an lagi.

Berita pernikahan itu disahkan sendiri oleh pencipta siri Animasi BoBoiBoy, @anasabdulaziz83 menerusi akaun X miliknya.

Menerusi posting itu, dia mendedahkan bahawa pelakon suara BoBoiBoy itu sudah pun berkahwin .

Malah, dia sempat berseloroh dengan mengatakan bahawa merasa dirinya sudah tua selepas mengetahui pelakon suara yang dikenali sejak kecil sudah pun mendirikan rumah tangga.

Di samping itu, dia turut berkongsi gambar bersama pasangan raja sehari itu.

Malah beberapa hari lalu turut tular video perkahwinanannya di platform TikTok.

Baca juga #JusticeforPapazola, ramai sedih tiada lagi watak Papa Zola dalam filem animasi BoboiBoy akan datang

 

Menjengah ke media sosial, rata-rata warga maya terkejut serta gembira dan mengakui diri sendiri sudah berumur memandangkan Nur Fathia sudah menamatkan zaman bujangnya.

Warganet mengucapkan tahniah kepada pelakon suara itu dan turut berterima kasih kerana merwarnai zaman kanak-kanak mereka dengan lakonan suara di dalam animasi.

VIDEO

Ujar mereka;

Iklan

“Aduhai, saya rasa diri saya sangat tua sekarang. Apa pun tahniah Fathia.”

“Terima kasih mewarnai hidup kami dengan suara anda.”

Baca juga [VIDEO] Terhibur tonton aksi Dr Noor Hisham bersama Boboiboy

“Tahniah adik atas perkahwinan dan terima kasih kerana Boboiboy. Anak-anak semua suka.”

“Ya ALLAH, dia yang lagi muda dari saya pun dah kahwin. Mabruk Fathiah & pasangan!”

Iklan

“Feel old because if I’m think about myself in 10 years ago, I am still younger and childish.”

Difahamkan, Nur Fathia adalah pelakon suara Upin Ipin musim pertama hingga ketiga, bagaimanapun sehingga kini masih menjadi pelakon suara untuk Boboiboy.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!