BAGI memperkasa Program Pengurangan Risiko Daerah Covid-19 (DRPP) dalam komuniti, Kementerian Kesihatan (KKM) memperkenalkan konsep Cegah dan Didik, Amal, Patuh dan
Pantau (CAPP).

CAPP itu juga menekankan pelbagai aspek penting yang perlu difahami dan dipatuhi oleh rakyat dalam usaha menangani pandemik Covid-19.

Dengan itu, KKM turut melancarkan video ringkas menggunakan animasi kartun kanak-kanak terkenal, Boboiboy bersama Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Menerusi video tersebut, Dr Noor Hisham memberi pesanan kepada semua supaya mengamalkan CAPP dalam usaha memutuskan rantaian jangkitan Covid-19 ini.

[VIDEO] Terhibur tonton aksi Dr Noor Hisham bersama Boboiboy

Apa itu CAPP?

C – Cegah jangkitan Covid-19 dan didik keluarga serta komuniti norma-norma baharu kehidupan.

A – Amalkan tingkah laku bagi mengelakkan diri, keluarga dan komuniti daripada jangkitan.

P – Patuhi SOP pengoperasian sektor-sektor utama negara dan lain-lain arahan kerajaan.

P – Pantau status kesihatan diri dan keluarga. Saringan suhu di pintu masuk.

Artikel berkaitan: Tag bebas cukai KLIA disangka gelang ‘pink’ Covid-19 cetus cemas orang ramai

Iklan

Kita perlu bersama-sama dalam usaha memutuskan rangkaian pandemik ini dengan sentiasa mengamalkan penjarakan sosial, memakai pelitup muka dan kerap mencuci tangan.

Ingat, kes semakin meningkat di negara kita, ramai semakin takut dan bimbang apabila berada dalam fasa gelombang ketiga sekarang ini. Semoga ALLAH melindungi kita semua.

Iklan