DI mana sahaja kita berada, adab dan tata susila perlulah dipraktikkan.

Sekiranya berada di lorong kiri dan hendak masuk ke lorong kanan yang mempunyai garisan putus, berikan isyarat (indicator).

Bagaimanapun kita perlu memberi laluan kepada kenderaan dari lorong kanan terlebih dahulu. Apabila trafik lorong kanan kosong, barulah kita boleh memasuki lorong berkenaan.

Namun lain pula yang berlaku dalam paparan sebuah video yang tular di media sosial baru-baru ini. Pemilik dua buah kenderaan menunjukkan perselisihan faham berkaitan masalah menukar lorong.

Menerusi paparan video, sebuah kenderaan jenis Proton Pesona cuba memasuki lorong kanan.

Bagaimanapun Proton Pesona dilihat tidak memberikan isyarat untuk tujuan itu.

Kenderaan yang merakam tidak memberikan laluan kepada Proton Pesona berkenaan biarpun ia sudah hampir memasuki lorong berkenaan.

Tidak lama kemudian, susulan gagal memasuki lorong kanan, pemandunya bertindak mengeluarkan objek dipercayai gari ke luar tingkap.

Kejadian yang berlaku di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur itu tular di pelbagai platform media sosial dan menimbulkan pelbagai spekulasi.

Warga maya meluahkan rasa berang dengan tindakan pemandu berkenaan.

– “Dalam bab hendak cepat mencelah macam ni, masih ramai orang tidak waras atas jalan. Buat laporan, selesai.”

– “Kadang-kadang yang buat perangai macam ni bukannya anggota pihak berkuasa. Tapi kebetulan individu ni guna kereta warna silver yang sama. Kemudian dia berlagak macam pihak berkuasa. Lagipun gari banyak dijual dalam talian, sesiapa pun boleh beli.”

Iklan

– “Ok lepas ni tak perlu beri signal. Kena beli gari dan tunjuk gari orang sebelah akan bagi jalan.”

BERLAKU DI JALAN TUN RAZAK

Difahamkan polis sedang mencari individu yang terlibat dalam kejadian antara dua kenderaan di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur

“Bahagian Siasatan Jenayah Dang Wangi telah menjalankan pengesanan ke atas individu yang terlibat sebaik sahaja video tersebut tular.

Iklan

“Siasatan akan dijalankan berkenaan kejadian tersebut,” katanya,” kata Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahya.

Polis memohon mereka yang mempunyai maklumat tampil membantu siasatan.

Sumber: Facebook Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ), ViralMediaMeletop